Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, December 1, 2011

Goodies Perwakilan PAUMNO2011- Najib memberi amaran kepada Timbalannya

Maklumlah pertama kali teman menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2011. Maka hendaklah pulak teman berkongsi dengan pembaca yang sudi berkunjung ke blog ini.
Diatas adalah antara goodies yang teman terima, yang termasuk TNG kad, PAS masuk dan buku-buku dari YB PM dan TPM . Cuba lihat bila buku2  ini disusun seperti diatas maka ia seakan-akan seperti PM memberi amaran kepada TPM.

Adakah ini satu kebenaran atau secara kebetulan sahaja lebih-lebih lagi banyak tiupan angin mengatakan ini adalah Perhimpunan akhir PM sebagai PM.

Adakah ini akan menjadi satu kebenaran kita saksikan lah sahaja? Adakah ada buku-buku ajaib yang tiba-tiba muncul dari langit atau siling dewan perhimpunan? Teman menyatakan ramalan UncleSeekers mungkin akan nampak kebenaran kerana perkara yang sama pernah dinyatakan oleh seorang bangsa TiongHua yang kononnya akan berlaku penukaran kuasa selepas PAU ini.

Walau apapun teman tidak pernah dengar apa-apapun di peringkat bahagian. Kerana kalau begitu keadaan sekarang pasti teman sudah terasa angin dari Ketua Bahagian teman.

Apa-apapun, jantung teman amat berdebar-debar kerana pertama kali menjadi peserta dibawah sesudah bertahun2 teman  asyik menjadi pemerhati diatas atas ehsan dari sesetengah pihak yang kononnya ada perhubungan dari orang dalam.

Jadi, sebelum teman nak masuk tidur, ingin saya ucapkan kepada semua perwakilan yang pertama kali ke PAU, selamat bersidang dan semoga kehadiran dan perjuangan kita di rahmati Allah hendaknya.
AMIN.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive