Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, December 2, 2011

Aiseyman Najib kami dah naik boring dengar pasal Winnable Candidate, your SB and Inner CIrcle tak buat kerja la.

Lapuran Hari Pertama SBA jadi perwakilan.

Bukan APA sahaja yang boleh buat lapuran.

Semasa teman duduk dibelakang terdengar suara-suara sumbang bilamana perkataan Winnable Candidate ini bergelumang di Dewan PWTC yang serba indah dan sergah.

Sudah berbulan-bulan perkataan ini di kemudi dan digelombangkan seakan perkataan ini sudah menjadi perkataan berganda pulak. Bila sebut Winnable , Candidate (minta izin ya tuan pengerusi majlis) akan menyusul. Cuba sahaja dengar ucapan wakil KL dari Bahagian Cheras, Tuan Syed kita.

Tapi apa yang buat perwakilan muak adalah perkataan ini macam tergantung kerana tiada kriteria yang tersusun  di kongsi bersama ahli-ahli UMNO baik di peringkat bahagian atau diperingkat pusat.

Kenapa ini menjadi satu isu yang amat merunsingkan saya? Pertama semua orang Melayu sayangkan UMNO tetapi kita tidak mahu sekiranya slogan yang di laungkan kalau dipalu terlampau lama tanpa isian maka lama-lama ahli akan kebingungan dan lama kelamaan bosan. Kedua, Bosan kerana kita tahu apa yang Najib mahu tapi definasi Winnable Candidate (WC) masih agak samar-samar dan kerana ia sangat subjektif maka pendekatan dan permahaman perkataan ini berbeza mengikut keperluan dan konteks masing-masing, maka ramai yang perasan akan pasang badan, hilang sediakawan dan akhirnya UMNO kecundang dalam perasaan.

Kriteria-kriteria untuk WC untuk TPM, MKT , Special Branch amatlah berbeza dari sudut PM. Maka ini akan menjadi kekeliruan bila mana di SB dikerah untuk memberi maklumbalas tentang Wannabie2.

Kerana perbezaan ini maka UMNO akan di dedahkan dengan maklumbalas yang kurang tepat dan lebih-lebih ini akan menggundang pakatan dan komplot antara bulatan dalaman (Inner Circle) dan SB. Kerana perfahaman dan objektif yang berbeza maka maklum balasnya akan berbeza juga. Ini adalah asas dalam mengumpulkan maklumat. Kerana maklumat 'intelligence' (minta izin) yang di  kutip akan berbeza dan di interpretasikan oleh Najibpun berbeza maka kesudahan dengan Najib membuat keputusan2 yang amat salah.

(Minta Izin) It is not an apple to apple comparison with respect to the differing objectives, collected information and hence intelligence derived are skewed.

So how Najib select the right candidates beats me as it seems nobody, including Najib, knows the criteria he used or even if he knows, the list of criteria changes by the minute.

SBA

No comments:

Post a Comment

Blog Archive