Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, July 10, 2012

Wang royalti Kelantan boleh jadi haram?

Perkara ini sudah perkara basi bagi pihak tertentu. Lebih2 lagi bagi pihak yang yang sudah jemu atas tuntutan Negeri Kelantan ke atas projek gas usahasama Thai dan Malaysia di kawasan melebihi 3 batu nautika. Bagi pihak yang berada di Petronas , alasan atau sebab mereka tidak dapat di beri adalah kerana kawasan ini adalah kawasan yang dipertikaikan oleh Thailand kerana ia berada di kawasan antarabangsa EEZ yang di istiharkan oleh negara jiran kita dan maka Kelantan tidak ada locus standi. Kewujudan projek ini adalah atas dasar persetujuan dua negara dimana pemegang sahamnya adalah dua syarikat Minyak, satu dari Malaysia dan satu lagi dari Thailand. Ada yang berpendapat, tengku Razali telah melakukan kesilapan atau melakukan sesuatau diluar kuasanya bila menandatangani perjanjian royalti, sama seperti dengan kerajaan Terengganu. Tetapi atas dasar ehsan, maka wang itu dibagikan juga kerana apa guna Kalau projek depan mata kemudahan diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu maka seharusnya usaha itu di berikan habuan seperti wang ehsan. Ada pula yang mengatakan kenapa perlu difikir2kan sangat minyak dan gas itu dijumpai luar 'continental Shelf' walhal penduduk itu Melayu Islam. Adakah perlulah kita melihat segala2nya dari sudut satu kaum sahaja, nanti BN pula di cop kan rasis. Tidak kah mahu kita melihat atas hak, atau Semua wang yang diterima itu halal atau haram sekiranya kita terus mendesak. Pada ramai, Kalau nak berlaku adil maka Kelantan perlu dapat wang itu sama seperti Terengganu. memang benar. Tetapi bukan dalam bentuk royalti tetapi wang ehsan. Sudah sampai masanya, Wakil parlimen dari semua pihak bergabung dan menukarkan perlembagaan Malaysia untuk membenarkan Negeri2 seperti Kelantan mendapat habuan sekiranya hasil lombongan dijumpai luar dari 3 batu nautika. Ada berpendapat royalti yang dituntut itu boleh menjadi haram. Wang Ehsan tidak.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive