Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, July 20, 2012

Ke tidakadilan Debat Sinar Astro: Kenapa bilangan orang PAS lebih ramai?

Hari ini adalah debat antara Ustaz Muda Fathul Bari dari UMNO dan Nasrudin Tantawi dari PAS, Tapi sdah jelas bilangan penyokong Pakatan rakyat semasa penyiaran adalah lebih ramai bila kita dengar suara boo mereka bila mana ustaz Fathul Bari berhujah.

Saya kira bilangan penyokong perlu lah di tapis agar bilangan yag adil dapat di 'maintain'kan.

walaupun tajuk debat agak neutral, namun kita pasti penceramah PAS akan snetiasa mengubah suaikan debat ini secara politik. Umpamanya, soalan seperti bajet sebenarnya tidak patut diarahkan kepada Fathul Bari kerana beliau bukan dalam rangkaian pemerintah atau kabinet. Apa yang baik perlu kita terima, katanya. Nilaikan seasuatu dengan fakta bukan dengan persepsi.

Ustaz Nasaruddin, pulak cakap lebih pasal Winnable Candidate (macam biasa dengar) bila soalan berkenaan artis jadi calun Pakatan Pembangkang. Benarkah tiada rasuah dalam kerajaan PAS di Kedah. Habis yang hampir goncang kerajaan PAS tempuh hari bukankah disebabkan tuduhan rasuah yangdilemparkan kepada Ustaz Azizan.

Fathul Bari selanjutnya memberi nasihat agar pilhpoltik yang berdasarkan syarie atau fakta bukan persepsi, fitnah mefitnah antara satu sama lain.  Dalam gulungan Ustaz Nasharudin pula, cuba menegak benang basah kononnya rasuah itu adalah persepsi pada UMNO walhal dia pula menyebut Tun Mahathir pernah mengatakan peihal rasuah dalam UMNO. Beliau lupa pula rasuah Nik Aziz kepada orang Asli. semasa PRU Kecil di Gua Musang  Bolehkah dia bersumpah bila Pembankang menang PRU rasuah akan di hapuskan sama sekali.

Nasharudin lupa perihal tingkahlaku PAP menggulakan orang Melayu Singapura dan akhirnya mereka hilang kuasa bila Lee Kuan Yew mengaturkan Social Engineering dimana kawasan Melayu majoriti dihapuskan. Gerrymandering dan penghapusan kuasa orang Melayu sedang berkalu di Pulau Pinang.

Black Monkey from Kuantan


No comments:

Post a Comment

Blog Archive