Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, February 11, 2012

Amanat Siamang Bukit


Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia baru dan lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha (China Doll), Kita tidak perlu masuk Hindu(Belum desperado lagi kot - SBA), Kita tidak perlu masuk Kristian(Eli Wong), Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik tigasuku, agama suku'

Sumber: MyMassa

No comments:

Post a Comment

Blog Archive