Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, January 12, 2011

Utusan Malaysia Online: SPRM siasat tender sistem tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad



SBA - Siapa agaknya? Baru sahaja saya buat posting da ada skandal yang muncul.
 'HOPETECH' , 'Teras Techonolgies SB' atau syarikat antarabangsa EFKON dari Austria adalah antara syarikat2 yang terulung dalam sistem pengetolan di Malaysia. Syabas kepada SPRM kerana mengambil tindakan yang cepat.
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan dua serbuan di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini bagi menyiasat dakwaan pemberian tender mencurigakan bernilai jutaan ringgit.

Kedua-dua serbuan itu dilakukan sejak akhir bulan lalu bagi mendapatkan dokumen mengenai tender menyusun semula sistem tiket di kesemua 56 stesen KTMB sekitar Lembah Klang.

Tender penyusunan semula tiket itu didakwa diberikan kepada syarikat yang tidak ‘berkelayakan’ dengan bidaan RM85 juta walaupun terdapat syarikat lain menawarkan harga yang lebih rendah.

Dua syarikat tersebut dikatakan menawarkan bidaan pada harga RM69.8 juta dan RM72.6 juta.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, pihaknya telah melakukan serbuan pertama pada akhir Disember lalu.

“Serbuan kedua terpaksa dilakukan bagi mendapatkan beberapa lagi dokumen penting untuk tujuan siasatan.

“Siasatan ketika ini masih berada di peringkat awal,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Notis bagi tender itu dikeluarkan pada 3 Ogos tahun lalu sebelum ditutup pada 29 September.

Dalam urusan pemberian tender itu, pihak KTMB didakwa tidak meminta syarikat berkenaan menjalankan demonstrasi sistem yang menjadi syarat terhadap setiap pembida.

Lima pembida lain yang disenarai bagi mendapatkan tender tersebut juga didakwa tidak dinilai.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive