Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, January 4, 2011

Sedih bila Khalid Berbohong dan mempersendakan Sultan Selangor, Mahaguru, tolong beri pelempang kat Khalid Gagap

Kalau dari segi mental, tak logik bila Khalid Pukimak Gagap itu memberi komen bahawa Sultan arahkan nya untuk menukar perlembagaan bagi mengembalikan kuasa Sultan. Sebenarnya, Pakatan nak buat bagi mengembalikan kuasa MB. 


Bilamana persetujuan perlantikan perlu ada dari Sultan DAN (ini yang tak sedap) MB. Maka Khalid ini sebenarnya nak kuasa Sultan. Sepatutnya, kalau nak selesai masaalah ini pun perlu diwujudkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor. Tapi perlu diingat ini akan mengakibatkan satu kos yang tinggi. Kerana telah ada kewujudan sistem meritokrasi sekian lama yang perlu di menteraikan secara baru untuk negeri Selangor sebelum setiap perlantikan.


Perkenan diRaja amat diperlukan kerana ini mewujudkan satu sistem perlaksanaan kerajaan yang transparent, luhur untuk rakyat dan istana (setiap pemerintahan adalah pemerintahan Baginda Tuanku, bukan Khalid Gagap)


Khalid Gagap kini sudah berkali-kali menderhaka dan menghina Sultan. Tak de ke mana2 Mahaguru yang boleh bagi sebjik pelempang bisu kat Khalid ini sekurang boleh hilangkan penyakit gagap dia ni.

Dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Sultan ada kuasa eksekutif

SHAH ALAM 3 Jan. – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
‘‘Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.
‘‘Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.
‘‘Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.
Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.
Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.
Utusan Malaysia difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.
Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.
‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive