Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, January 4, 2011

Misbun versus BAM. 'Structural Conflict' dalam Pengurusan BAM maka Bekas Juara Badminton masih membisu di UKAY PERDANA

SBA - Apa agaknya Datuk Misbun masih menbisu dan siapakahpegawai yang dimaksudkan itu? Mungkinkah Nazmi, Shabery Cheeky? Kita pun tertanya2. Terserempak tadi dengan Datuk Misbun berdekatan dengan Restoran Mamak Ali Maju di UKAY Perdana. Cuba-cuba juga tanya tapi beliau masih membisu. Syabas, kerana beliau tidak hendak mengerohkan lagi keadaan. Semoga, beliau dan pegawai itu dapat bersepakat kerana sepakat itu membawa berkat.
KUALA LUMPUR -Datuk Misbun Sidek mengambil sikap berdiam diri berhubung isu peletakan jawatan sebagai jurulatih dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Wartawan Utusan Malaysia menjejaki beliau sehingga ke kediamannya di Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini, bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusannya itu, namun Misbun tetap enggan membuka mulut mendedahkan punca beliau berbuat demikian.

Daripada persoalan hangat mengapa beliau meletak jawatan, sehinggalah perancangan masa depannya, satu demi satu soalan cuba ditanyakan kepada Misbun dengan harapan dapat 'mencungkil' sesuatu, namun tiada satu pun yang berakhir dengan jawaban.

"Minta maaflah, saya tidak mahu mendedahkan apa-apa berhubung perkara ini.

"Ini merupakan masalah saya dan persatuan (BAM), ia tidak perlu didedahkan kepada umum," katanya.

Ditanya sama ada BAM telah menerima peletakan jawatan beliau, Misbun sekadar menjawab: "Saya sudah serahkan surat letak jawatan."

Namun, dari raut wajahnya, bekas jaguh badminton perseorangan negara itu yang terkenal dengan servis 'S' suatu ketika dulu, beliau kelihatan memendamkan sesuatu yang amat berat untuk ditanggung.

Walaupun enggan mendedahkan apa yang tersurat di hatinya, Misbun tetap melayan mesra kunjungan wartawan Utusan Malaysia yang datang ke kediamannya.

Walau ditanyakan berulang kali, Misbun tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu, atau juga mungkin belum bersedia untuk penjelasan atau alasan mengapa beliau meletak jawatan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive