Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Sunday, January 1, 2012

Selamat Anwar, the Che Guevara of Malaysia? Menyambut tahun baru 2012. Kenangan 2011 dan apa yang kita harapkan 2012.

Saya cuba membuat beberapa posting untuk mengakhiri posting mengenai Samoa yang langkau 24 jam kehadapan, tetapi tidak kesampaian kerana terlalu sibuk.
Maklumlah blog ini tidak bertuan dan tidak beri elaun. Jadi, terpaksa lah saya menimbangkan masa antara memblog dan mencari rezeki.

Apa yang saya boleh dikatakan kenangan bagi 2011?
1. MU kalah 2-3 dengan Blackburn, Chelse Kalah dengan Aston Villa 1-3. Semua ditempat sendiri. Ahahhaha. Padan muka kau MU menganiayai Suarez. Banyak2 peristiwa, peristiawa itukah yang aku boleh ingat? O, tidak.
2. 'Political Instability channeling' atau aliran ketidak stabilan politik yang dipelopori dan dirancangi oleh beberapa pemimpin2 kanan Anwar Ibrahim, seperti Zuraidah, Azmin , Tian Chua dan yang lain politikus pendek dan kontot, seperti Sam Ketot dan Cikgu Butt. Ini adalah semua politik ketot pra pemergian Anwar Ibrahim yang akan pergi buat selama-lamanya dalam tahun 2012. Kenapa saya berkata demikian. Anwar, sudah lewat usianya dan pemergiannya ke Sungai Buluh adalah dirancang olehnya sendiri kerana dia memang ingin menjadi satu lagenda hero seperti Jose Rizal. Tidak memerintah tapi dikenangi dalam segala kesusahan dan rintangan perjuangan. Saya berani kata bahawa Anwar kalau diberikan tampuk pemerintahan oleh mantan PM, Tun D M, ketika itu tidak akan di terimanya. Ini berlawan dengan sikap Anwar yang ingin menjadi lagenda revolusi. Dan saya rasa beliau tidak ingin pun menjadi PM walaupun Pakatan Rakyat menang. Tak 'cool'. Baginya, dia harus menang dengan ideologi revolusi. Dia ingin menang sebagai Presiden Republik Malaysia.
Setakat menang jadi PM melalui demokrasi, tak main lah, bro. Tidak hairanlah kalau 901 (bukan hotdog 1901) ini adalah satu progam untuk ia menjadi Che Guevara, dan menunjukkan taraf pengaruhnya kepada pengikut lembu-an pakatan rakyat yang kebanyakannya berbangsa Melayu.
(Semalam, saya terima panggilan dari seorang pengundi PKR di Ampang, yang amat marah dengan rancangan Pakatan Rakyat ingin sabotaj sambutan perayaan tahun baru di Dataran Merdeka. Dia berpendapat bahawa PR sudah hilang hala tuju dan ter'over-revolusi'kan mandat yang diberikan pada tahun 2008. Kepada beliau saya katakan, tahu tak pe, dan jangan sia-siakan undi anda di PRU13.)
3. Politik tanpa arah akibat politik tiga arah akan hanya memundurkan bangsa dan negara. Pernah seorang Tionghua mengatakan, sejarah telah mengajar kita sekiranya bangsa Melayu terbahagi kepada tiga maka yang akan sengsara adalah rakyat kesemuanya. Maka, kita boleh simpulkan bahawa sekiranya melayu berpecah kepada 3, negara akan mudarat, dan perlunya setiap polariti parti harus menitik beratkan perpaduan Melayu dan Bumiputera sekiranya negara ingin aman dan damai. Perpaduan ahli-ahli Melayu, India dan Cina melalui parti tidak akan membawa keamanan negara.
Politik perpaduan dan kemajuan Melayu dan Bumiputera tidak kira di BN, PBangkang (3 arah - DAP, PKR dan PAS) mesti dijadikan teras utama poltik matang di bumi yang kita cintai. DAP,PAS dan PKR kena dimatikan.
4. Pemergian ketiga-tiga pemimpin ulung Pakatan Pembangkang? Saya meramalkan ramalan Uncle Seekers pada tahun 2012 akan berkitar latarbelakang ini.

Apa yang boleh saya harapkan pada 2012?
1. Liverpool menjadi top 3 di liga bolasepak England
2. Malaysia menang pingat emas di Olimpik
3. Dunia tidak berakhir pada hujung tahun ini.
4. Apa yang RPK cakap mengenai Anwar tidak akan menjadi PM adalah kenyataan. RPK adalah bekas pelajar MCKK jadi agak pelik juga bila dia macam paling tadah kepada Anwar seperti Dato Salehudin , bekas setiausaha-general dan juga doktor peribadinya.
Apa yang saya baca di antara garisan kenyataannya ialah Anwar mesti mengubahkan perlembagaan sekiranya ingin membenarkan beliau menjadi PM dan walaupun beliau mungkin ACDC . Saya kira kenyataan ini amat pelik kerana kenyataan ini mendahului keputusan hakim dalam perbicaraan main belakang Saiful oleh seorang yang mirip macam Anwar. Takut-takut mistrial saja.
5. Ingin berkerja keras dalam perniagaan
6. Banyakkan berpuasa
7. Kurangkan berat badan.

Sekian dan Selamat Tahun Bahru.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive