Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Sunday, January 22, 2012

Betul ke gerak kerja UMNO Ampang 'Old School'? Apa itu 'New School'?

Telan mati emak di luah mati bapak.

Kalau tak komen, ada yang menyatakan saya menyokong pendapat APA dalam postingnya kali ini yang agak tajam dan boleh di salah ertikan dia sebagai penyokong pembangkang.

Namun, dalam perperangan ini kita sering kali mengatur strategi berdasarkan apa yang kita fikirkan yang telah membuat kita kalah di Ampang.

Pelbagai sebab telah diberikan semasa outing yang di buat dipelbagai lokasi termasuk Langkawi dan PD. Tidak termasuk dilokasi di ILMU, Janda Baik.

Dalam mempertingkatkan harapan untuk menang. saya boleh kira pimimpin di pusat pun bersalah juga dalam hal ini. Perkataan 'Winnable Criteria' itu boleh juga disalah ertikan dan disalah tafsirkan. Adalah baik sekiranya Majlis Tertinggi ini duduk sejenak dan cuba sekali merenung kembali nasihat2 yang diberikan oleh setiausaha2 politik yang ramai ada kepentingan diri sendiri. Ada setiausaha politik depan bos cakap lain belakang pecahkan rahsia berkenaan menteri yang mereka kononnya kena membantu.

Betul apa Tun Dr Mahathir cakap, kriteria Winnable Candidate bagi Najib berbeza dengan bahagian, dan bagi rakyat pula berbeza. Apa pula kriteria melantik setiausaha politik dan pegawai Special Branch yang kononnya memberi input dari bawah? Adakah mereka ini juga berkelayakan?Adakah PENOLONG setiausaha poltik itu semua jujur kerana ada mereka2 ini macam penyamun cerita nujum pak belalang. Satu untuk aku dan satu bahagian untuk kau lah.... 

Bagi saya, calun-calun yang kuat bekerja, berkelulusan tinggi, tampak bersih dan sentiasa ingin menolong orang adalah antara calun2 yang layak untuk menang. Kerana ini lah yang akan menyenangkan kerjaan di bahagian bila datan PRU13.

P/S teringat saya bila pilihanraya bila di tanya pasal kronisma KJ dan Pak Lah. Terkebil2 saya nak menjawab. Kali ini, apa yang kita akan menjawab bila isu Rosmah dan Shahrizat pula di tanya. 
Hanya orang yang dibawah sahaja yang tahu pahit dan getir bila berkempen dengan penduduk tempatan. Do not sweep these kind of things under the carpet. Kami dah penat.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive