Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Sunday, February 5, 2012

Anak cinta tiri Khir Johari cuba tunjuk taring kononnya membela Melayu. LANCAU lah.

Inilah dia 'anak' Khir Johari yang dibela atas dasar kesian pada emaknya yang berasal dari Singapura.
Dalam cuba untuk menegakkan benang basah, beliau cuba mengalihkan pandangan yang kononnya DAP itu mendokong perlembagaan dalam isu raja dan status Bumiputera.
Kononnya, untuk membuktikan Hassan Ali fitnah dalam ucapannya bahawa ada rancangan untuk mengabungkan Malaysia dan Singapura sekaligus akan membuat DAP/PAP menjadi parti yang paling berkuasa.


Kononnya, pada bulan Disember 2011, DAP telah menunjuk bahawa parti itu mendokong perlembagaan:-
“Ini seperti yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam pada bulan lalu yang diluluskan sebulat suara ketika Persidangan Kebangsaan DAP 2012,” jelas beliau.


Soalan saya setelah lebih setengah abad merdeka, baru DAP nak buat deklarasi. Jadi selama ini, DAP tidak pernah mendokong dan mengiktirafkan artikle 153 dan tempat raja2 Melayu.


Sebagai anak Cinta Cina, beliau adalah orang yang tidak tepat untuk dipilih menjadi jurucakap untuk bercerita pasal artikel 153 dan raja2 Melayu. Ini bagaikan tauke babi mengatakan babi itu haram dimakan.


Nampaknya, sejak kebelakngan ini, DAP mengupah orang yang nama Melayu bermirip Cina dan lebih2 lagi tiada DNA Melayu dan tidak mengaku Melayu untuk menjadi jurucakap DAP tentang isu yang menjadi sensitif pada orang Melayu.


Dey, di Singapura masih ada artikel macam 153, tetapi penterjemahannya amatlah ketara bagaimana orang2 Melayu didiskriminasikan oleh Lee Kuan Yew, Penasihat senyap DAP, secara sistematik untuk melenyapkan kuasa orang Melayu bila pengundi adalah majoriti pendatang anti-Melayu. Sistem ini masih pula di gunapakai sebagaimana di buat di Pulau Pinang. Lim Guan Eng membuat secara halus sama macam LKY buat kepada Yusof Ishak , presiden pertama Sinagapura dan ketua pemimpin Melayu ketika itu. Hanya sedikit bantuan di beri seperti buku sekolah untuk anak2 Melayu dan ditimpalkan dengan pengambilan bangsa2 asing dari Hong Kong dan Taiwan sebagai ketua2 dan  pengurus yang tidak faham satu perkataan Melayu walaupun Bahasa Kebangsaan Singapura adalah bahasa Melayu sampai sekarang. Ini telah membuat ramai pentadbir2 Melayu dalam kerajaan Singapura lari ke Malaysia. Majulah Singapura lagu kebangsaan negara itu adalah sebagai feel-good factor untuk orang bangsa bukan Melayu dan orang2 Melayu akan menyanyi dalam keadaan hiba.
Pengiftirafan perlembagaan seharusnya di terjemahkan di bawah bukan hanya diatas kertas. 
Umpamanya, apa perancangan DAP mengenai ekonomi orang Melayu yang seharusnya ditakuk 60%, dan apakah program yang akan mertabatkan Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara. 
Itu sepatutnya kerjaan orang2 yang mengaku kononnya dirinya Melayu.
Come on lah, Zairil kamu betul ke Melayu? atau saudara2 kamu tak pernah memberitahu yang kamu ini anak angkat dan tak de sedikitpun darah Melayu. Atau betul2 ke anak2 sah Khir Johari mengaku kamu ini adik beradik mereka. 
Tolong tunjuk surat beranak, kalau tak berani Lanculah lu jangan hina itu nama Khir Johari.
_________________

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari berkata dakwaan yang dilemparkan bekas exco agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali ke atas Pakatan Rakyat khususnya DAP dalam ceramahnya mencerminkan perilaku beliau sebagai orang suruhan Umno.
Katanya, dakwaan Hasan Ali bahawa sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan negara republik.
“Malahan beliau juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara ini,” kata Zairil.
“Hasan Ali mendakwa beliau memperjuangkan Islam, tetapi apa yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga berunsur hasutan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.
“Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui. Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.
“Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf Umno ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan mencabar terasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zairil menegaskan pendirian DAP ialah mahu mempertahankan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Ini seperti yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam pada bulan lalu yang diluluskan sebulat suara ketika Persidangan Kebangsaan DAP 2012,” jelas beliau.
Bantuan di Pulau Pinang
Dalam perkembangan lain, Zairil berkata kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng sentiasa meningkatkan peruntukan tahunan untuk kegiatan hal ehwal Islam dan bantuan yang diberi melebihi apa yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurut beliau, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat negeri itu meningkatkan berkali ganda peruntukan tahunan untuk urusan pentadbiran Islam.
Khairil berkata, di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan kerajaan BN untuk tujuan pembesaran tanah perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program sambutan hari kebesaran Islam.
Sementara itu, beliau memberitahu bahawa baru-baru ini Utusan Malaysia telah didapati bersalah dan diarahkan mahkamah untuk membayar RM200,000 kepada Guan Eng ekoran fitnah terhadap beliau bahawa pimpinannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
“Keputusan mahkamah ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa DAP tidak pernah mengambil pendekatan yang mencabar teras-teras kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita,” jelasnya.

Sumber : Lancau di sini.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive