Setelah dua kali berhimpun di kawasan Parlimen Ampang, pertama di Bukit Indah dan kedua semalam di Bukit Antarabangsa, kita boleh menilaikan bahawa tahap sokongan kepada Dato' Hassan Ali dalam perjuangannya untuk menghalau segala parasit, parashit, pelesit dan hantu raya dalam PAS.
Adakah kemungkinan kekurangan sambutan di Bukit Antarabangsa kali ini disebabkan hujan yang turun, seperti yang berlaku di Bukit Indah?
Tapi kita perlu ingat, bahawa masih ada seorang lagi yang tinggal dalam PAS yang disebutkan ramai sebagai penghalau hantu raya dari Bangi tetapi tidak turun menolong Hassan Ali dalam jihadnya.
Adakah kegagalan ini disebabkan oleh Hassan Ali masih cetek ilmu dalam mengalau hantu? Mungkinkah beliau ini masih kurang sambutan dari orang yang diwar2kan, iaitu Dato Harun Din, timbalan Mursyidatul Am PAS, untuk juga turun menyertai beliau dalam menghalau segala hanturaya dalam PAS?
Macamana nak halau hanturaya kalau penghalau ulung hanturaya masih dalam PAS?
Kita boleh dapati pada malam itu ramai barisan pimpinan PERKASA di hulu langat. Saya rasa agak terkilan kerana PERKASA tidak tahu bahawa kewujudan Hassan Ali dengan apa yang dibawanya agenda JATI tidak mendatangkan faedah dan milestone walaupun memang ada di kalangan PAS yang mengucapkan terimakasih kepada ahli UMNO (pulak yang tidak ada kena mengena) kerana telah membuka mata mereka dalam perjuangan semasa PAS, yang telah banyak memesongkan perjuangan sebenar parti itu.
Ada pula hadir seakan tidak endahkan Hassan Ali kerana sudah dicopkan satu kelolaan oleh UMNO kerana sudah terang lagi bersuluh logo 1Malaysia terpampang dirostrum.
Walaupun ingin mendabik dada, UMNO tidak seharusnya terlampau2 mau mengkaup untung kerana UMNO perlu bersifat strategis yang bijak melarikan ahli PAS keatas Pagar. Kita tahu orang PAS masih sayangkan parti mereka kerana disebabkan apa yang tertulis dalam perlembagaan mereka sebagaimana orang UMNO masih sayangkan partinya, tetapi apa yang lebih penting adalah undi semasa di PRU nanti, kita mahu mereka ini akan memberi undi kepada UMNO atas dasar perjuangan Islam.
Keadaan yang berlaku kali ini akan hanya membuat mereka berada di atas pagar tetapi tidak akan membuang undi kepada UMNO semasa PRU13 yang akan datang.
Ramai ahli PAS yang hadir di Craven malam itu, sudah pada peringkat awal lagu mengecopkan himpunan ini ditaja oleh UMNO dan adalah semata-mata untuk menaikkan dirinya sendiri.
Saya bersama mereka, dan berpendapat Hassan Ali harus mengurangkan menyebut namanya, dengan cara seakan ini semuanya berkitar atas namanya Hassan Ali bukan Jalur Ketiga (Jati) yang dibawa oleh nya dan rakan2 sekutunya. Hassan Ali dikatakan bagai self-centric, iaitu satu sifat yang agak pelik berada dalam sanubari seorang pakar motivasi yang sepatutnya sentiasa lebih mementingkan team work bukan individualisma.
Malam itu disudahkan dengan satu persoalan.
Adakah ceramah ini berjaya mengupas golongan Parasit? Sampai hari ini hanya segelintir nama sahaja yang telah keluar. Saya dibisikan oleh seorang kawan sebelah sana yang berjenaka bahawa malam itu juga sudah berkeliaran Parasit dan Pelesit dari UMNO.
Adakah itu satu kebenaran, dan apakah Parasit yang kali ini pula akan menang? Hanya Allah sahaja yang tahu.
inilah namanya politik..sama sama membelit
ReplyDelete