Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, July 9, 2011

Kembara ke Cambodia/Petronas sebarkan syiar Islam di Thailand

Setelah beberapa hari perjalanan dari KL ke Kunming, China, akhirnya kami ke Cambodia setelah gagal untuk masuk bersama kenderaan kami di sempadan China, Boten/Mohan. Walau bagaimanapun kami dapat membuktikan bahawa tidak mustahil untuk menyeberang ke negara ASEAN bahkan ke negara China dalam masa 2 hari . Kegagalan kami untuk masuk ke China adalah kerana informasi tidak tepat yg diberikan oleh kedutaaan China berkenaan visa kereta.

Salah satu yang menarik adalah semasa perjalanan kami dari Sukothai ke sempadan Myanmar di Tak dimana setelah sekian lama kami di Thai kami tidak singgahpun ke stesyen Petronas untuk menjakankan solat. Apa yagn kami pelajari kali ini adalah cara Petronas menegakkan syariah Islam.


Di station minyak di Thailand ada raung solat untuk orang Islam dan makanannya di pastikan halal.Syabas Petronas kerana kami agak banggakan dengan prinsip kamu. Walaupun harga minyak agak mahal.berbanding dengan stesyen yang lain.


Kami juga sempat masuk ke Poipet Cambodia dan amat kagumi dengan pencapaian rakyat Cambodia bila di bandingkan dengan Laos.
Di Seam  reap pula sepanjang perjalanan ada masjid dan juga restoren Islam. Dan ini diketahui oleh pemandu2 teksi.

Di sebalik runtuhan Angkor Wat, restoren Islam dan masjid di daerah Seam Reap menjadi tumpuan kami sebagai umat Islam dan Melayu.bila masuk waktu solat dan makan.Kami sempat solat di masjid al makruf dan restoren Islam semasa perjalanan kami ke Siem Reap.

Esuk kami akan ke Angkor Wat.....Lepas tu mungkin ke phom penh. Apapun kami hanya merancang mengikut pada keadaan semasa.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive