Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Tuesday, February 7, 2012

Ceramah Hassan Ali: Asas Perpaduan ialah bersangka baik


Ramai bloggers telah memberithau sepatah dua pandangan mengenai ceramah Hassan Ali dan kononnya UMNO terhegeh utuk menyambut Hassan Ali dan juga kononnya UMNO telah ditipu dan dipermainkan oleh Hassan Ali.
Memang Hassan Ali telah banyak kali memperlekehkan UMNO semasa beliau di dalam PAS. Dan setelah beliau sendiri diperlekehkan perjuangan Islamnya dalam Pakatan Rakyat maka beliau mengambil keputusan untuk merencanakan pemecatan beliau dari PAS disebabkan baiaah yang telah kian lama wujud dalam PAS  dimana isteri beliau akan secara automatis tercerai denga talak tiga. Itu lah hakikatnya PAS ini mempermainkan Islam dengan mengenakan syarat2 jijik menggunakan perkahwinan sebagai tali kontrak kesetiaan.
Ramai di peringkat UMNO tidak tahu tentang apa yang dibawakan oleh Hassan Ali. Lebih2 lagi desas desus intipati yang dibawa oleh Hassan Ali (HA) hanya didengar dalam kadar secebis secubit bila beliau makin hari mejelajah di pelusuk Malaysia. Walaupun pada hakikatnya IMR yang di bawanya ada sedikit menyerupai Alif Ba Tah UMNO namun kita perlu tanya kenapa beliau membawa R untuk Raja dan bukan T untuk Tanahair.
Adakah Institusi Raja2 dalam keadaan bahaya.
Walaupun ramai orang UMNO yang mungkin suka bila krisis melanda PAS namun tidak ramai yang tahu atau terperanjat bila ia sampai ke tahap pemecatan. Namun walaupun ada yang merasa sangsi tentang apa yang dibawa oleh HA, namu bagi pihak UMNO yang memperjuangkan Islam bersangka baik adalah satu pendekatan yang di minta oleh Allah kerana itulah asas perpaduan dalam Islam.
Kita tidak harus menuduh UMNO terhegeh2 namum setelah kita dengar apa yang diucapkan oleh beliau maka seribu soalan mungkin timbul:
1. Adakah Hassan Ali dan pengikut2nya yang bijak pandai masih relevan dalam politik?
2. Adakah PERKASA dan NGO Melayu yang lain masih lagi relevan, kerana kita tahu landasan JATI dan Perkasa hampir sama?
3. Adakah ini satu kegiatan sampingan PAS kerana kini merasa perjuangan Islam PAS hampir ilek atau hampeh?
4. Adakah ini sebagai satu cubaan menarik ahli UMNO dan PERKASA keluar dan masuk dalam JATI?

Apa kita lihat malam itu penghentaman secara direct kepada UMNO tiada kecuali kepada PAS dan PKR. Walaupun ada kehadiran ADUN PAS, YB Khassim dan seteru azalinya, bekas ADUN Lembah Jaya, Dato' Ismail Kijo.

Pada saya. acara malam itu masih diperingkat awal, HA masih mahu 'test water'. Tunggu lah seminggu dua barulah kita tahu hitam dan putihnya hati Hassan Ali dan baik buruk strategi JATI.

Kita perlu ingat dia adalah orang yang cuba membawa ADUN2 PAS untuk bersatu dengan UMNO untuk membentuk kerajaan selepas PRU12. Dalam Politik, kawan boleh jadi lawan, dan lawan boleh jadi kawan.

War is not about what is right, it is about who is left.


The War for Hassan Ali has just begun.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive