Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, February 27, 2012

Adakah isu Pendatang Asing Sabah sengaja di besarkan sebab mereka Islam?


Disentuhkan oleh Mysmassa, perihal isu pendatang ini diperbesarkan oleh SAPP kerana ramai yang datang boleh assimilasi di Sabah. RCI dikataka bagaikan baling batu sorok tangan.
RCI pula tidak mebuat inquiry yang lebih adil kerana mereka dikatakan berat sebelah terhadap orang2 Islam di Sabah kerana tidak ambil kira kacaubilau disempadan sebagaimana di Selatan Siam dan Acheh.
Apa2pun baca dulu sebelum buat penilaian.


1. ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah telah dibangkitkan sekian lama oleh banyak pihak baik oleh komponen BN di Sabah mahupun parti-parti pembangkang seperti SAPP.

2. Mymassa telah memulakan kajian di mana terdapat Kekeliruan yang sengaja diapi-apikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya semasa mencari jalan penyelesaian isu ini. Mymassa dapati di antara kekeliruan yang tidak dinyatakan dengan jelas adalah seperti berikut :-

PEKERJA ASING
Di Sabah khususnya dalam bidang Perladangan Kelapa Sawit, Koko atau Getah, hampir 100% pekerja buruh ladang-ladang tersebut daripada menanam, membaja, membersihkan, mengambil hasil, pemandu lori dan sebagainya adalah pekerja asing. Mereka ini khususnya dari Indonesia, Filiphina dan sedikit dari Nepal, Mynmar dan Bangladesh.

Dalam bidang bangunan konkrit seperti tukang kayu, simen, membuat bangunan, dan seumpamanya kebanyakannya dari Filiphina dan Indonesia.

Bagaimana mereka datang? Kebanyakan mereka datang melalui agen-agen pekerja asing yang terdapat di Sabah dan juga di luar negara. Kebanyakan mereka ini mempunyai pas pekerja asing yang dibenarkan. Di Sabah, jika semua Pekerja Asing dihantar balik, nescaya Malapetaka Ekonomi akan berlaku di mana kilang-kilang sawit akan ditutup, ladang-ladang akan musnah tanpa hasil, dan ianya akan menjejaskan ekonomi negeri Sabah. Tidak percaya? Anda boleh membuat kajian sendiri di sana.

Maka desakan-desakan oleh pihak tertentu dikira tidak rasional dan hanya berbunyi emosi.
Untuk selanjutnya: MyMassa.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive