HASSAN ALI BUBAR JATI???
Baru sehari tubuh tak kan nak bubar? Tak kan sebab logo ala-ala logo setan, buat Hassan Ali kecewa dan terus nak bubar Jati. Tak kan bila Mahathir tak restu, Hassan Ali jadi mati kutu. Tak mungkin. Memang tak mungkin.
Siapa pulak yang percaya Hassan Ali nak bubar Jati? Jati tu adalah kesinambungan hidup dia. Dia dah berpatah arang berkerat rotan dengan Pas dan Umno. Tu pasal dia tak nak masuk Umno, apatah lagi kembali kepada Pas. Dia nak jadi kuasa ke tiga. Dan orang yang ke tiga ni biasanya memang ada ciri-ciri yang tidak baik. Bila duduk berdua-duaan, akan ada yang ke tiga. Siapa? Syaitan. Bila ada orang ke tiga, hubungan baik antara suami isteri akan jadi punah ranah. Itulah istilah orang ke tiga. Dan apakah kuasa ke tiga yang dikatakan oleh Hassan Ali dan sesetengah orang tu sebagai satu kuasa yang tidak baik sama konsepnya dengan 'orang ke tiga'? Barangkali!
Akak tak ada permusuhan apa-apa dengan Hassan Ali. Tapi bila Hassan Ali dengan pantas menubuhkan Jati, rasanya ada yang tidak kena di mana-mana. Jati ditubuhkan untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. Dan suka jugak akak nak tanya, apakah selama ini Umno tidak memperjuangkan agama Islam? Tidak mempertahankan hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu? Menyokong pertubuhan Jati seolah-olah merendahkan perjuangan Umno selama ini. Apakah kita semua sudah tidak yakin yang Umno akan memperjuang dan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja? Dan pertubuhan Perkasa pun dah sedia ada di bawah pimpinan Ibrahim Ali. Ibrahim Ali tak marah ke kat Hassan Ali yang tiba-tiba nak menjuarai isu Islam dan Melayuni? Betullah apa yang Tun Mahathir cakap yang Jati boleh memecahbelahkan orang Melayu sedia ada yang dah semakin terpecah.
Bila Hassan Ali keluar dari Pas sebab perjuangan Pas dah lari dari perjuangan asal, itu akak rasa tindakan yang amat tepat. Tapi rasanya tidak perlu menubuhkan Jati. Masuk saja Umno, bantu sahaja Umno memartabatkan Islam, Melayu dan Raja. Apa ada hal? Tapi ini semua sebab Hassan Ali mahukan pengaruh. Hassan Ali mahukan perhatian. Hassan Ali mahu menjual dirinya kepada mana-mana parti politik yang ingin mengambil kesempatan di atas popularitinya sekarangni. Tidak mungkin sebab IMR. IMR hanya alasan.
Semua orang tahu yang Hassan Ali seorang peniaga. Seorang yang bijak menjual diri dan produknya sekalipun produknya sama dengan yang dimiliki oleh orang lain. Dan lama-kelamaan, produk Hassan Ali hanya tinggal nama. Percayalah! Jati cuma untuk PRU 13. Sebaik selesai PRU ke 13 nanti, Jati akan sepi. Itu sebab Jati ditubuhkan secara tergesa-gesa. Macam esok Melayu akan hilang, macam lusa kuasa Raja akan rampas. Macam tulat Islam akan musnah. Penubuhannya tidak diperincikan. Pemilihan logo yang dikaitkan dengan ciri-ciri syaitan jugak memperlihatkan ketergesa-gesaan itu. Kalau Hassan Ali lebih berhati-hati dan mengambil masa yang lama sebelum membuat pemilihan logo, pasti isu logo setan itu tak keluar. Mustahil Hassan Ali perlukan publisiti yang negatif seperti itu. Walaupun sesetengah pihak berpendapat, syaitan tidak pernah ada logo, tapi logo yang sama itulah dijadikan simbol oleh manusia yang memuja syaitan.
Akak masih berharap yang Jati akan dibubarkan dan Hassan Ali masuk Umno dan berjuang bersama-sama Umno. Tolong jangan memperkecil-kecilkan peranan yang telah, sedang dan akan diterusan oleh Umno dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja ini!! Bagi akak, Jati bukan satu pilihan.
Sumber akaknilai

No comments:
Post a Comment