Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, February 18, 2012

Kisah Duke dan Suke Bukit Antarabangsa

Pagi ini lebih kurang pukul 10 saya bersempatan menghadiri satu sessi khas membincangkan cadangan pembinaan Sungei Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway atau SUKE. Namanya mungkin untuk menambahkan perkataan berganda dalam Kamus Dewan Bahasa memandangkan selama ini penduduk Ampang telah banyak mengalami keDukean kesesakan jalanraya.
Maka dirancangkan pula satu lagi expressway untuk merengankan kedukaan ini agar penduduk Ampang akan merasa kesukaan dengan adanya SUKE.
Pendapat saya memang tidak dapat dielakkan pembinaan SUKE ini bilamana ekonomi  Malaysia bertambah baik dan begitu juga bilangan penduduk kian bertambah maka kehadiran SUKE adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Kita perlu menjadi rasional maka adalah eluk bagi kita penduduk Ampang untuk mendapat apa yang terbaik untuk mengelakan kerugian kepada penduduk dan peniaga2 yang akan terjejas.
Adalah bernasib baik bagi kita mendapat seorang jurutera bernama Zainuddin Kadir, pegawai Chief Executive Prolintas yang nampak begitu perihatin kepada masaalah penduduk Ampang. 
Walaupun pada ramai penduduk Ampang menentang tetapi pada hakikatnya mereka juga tidak dapa t menafikan bahawa kesesakan di persimpangan jalan menuju ke Taman Dagang di Jalan Ampang sudah sampai tahap maksima. 
Begitu juga dipersimpangan Duke ke MRR2 di depan Maryvale Good Shepard , dari DUKE ke MRR2 di kuil Sikh, dari depan Flamingo Hotel ke MRR2.
Banyak persoalan juga kini timbul. Adakah dengan adanya SUKE ini maka kesesakan disekitar persimpangan yang dinyatakan diatas akan berakhir.
Adalah disarankan semasa sessi perbincangan kenapa perlu SUKE walhal KLORR sudah lama kita kelior (cakap orang Perak) tetapi masih tidak dibina walaupun perbincangan dengan penduduk telah dilakukan pada tahun 2008. Kenapa kita tidak binakan KLORR dahulu dan monitor impak penurunan trafik sebelum kita bina SUKE?
Sessi perbincangan in dihadiri oleh segenap lapisan termasuk parti politik pembangkang tempatan, UMNO dan MIC, yang telah menyuarakan perlunya 'compensation' kepada sekolah tamil dibelakang Balai Polis trafik yang mana padangnya terjejas. Wakil PIBG Sekolah Tamil berkenaan telah mengirimkan surat rasmi membantah projek ini.
Projek ini mungkin disempurnakan perlaksanaan empat tahun lagi.

Layar juga di sini. blog oleh Dr Raffick yang turut menghadiri sessi itu.

1 comment:

  1. Adakah KLORR akan dibatalkan??disebabkan oleh pembinaan SUKE??apa pendapat anda??

    ReplyDelete

Blog Archive