Adakah penghantaran kepada S Manikavasagam ini di rancang? Kalau ya, oleh siapa? Kenapa Mani yang terima CD itu tidak orang lain...HAHAHAHA? Kenapa tidak Wan Azizah atau Nurul atau Ehsan. Atau the 3 stooges? Ataupun tidak pada pengedar kereta terpakai haram dari Singapore?
Kalaulah benar pelaku video ini bukan Anwar, kenapa tidak diam sahaja. Kerana lapuran S Mani, sudah tentu tahu Polis akan mengambil tindakan bila ada lapuran polis.
Dan sudah tentu, Polis akan juga siasat siapa pelaku2nya dan siapa yang merakamnya.
Keadaan akan lagi runcing jika keputusan siasatan itu hanya berdasarkan dari keterangan kumpulan Datuk T sahaja.
Jadi, bila dengan adanya lapuran polis oleh orang dari PKR sendiri, maka ada locus standi untuk PDRM menyiasat ke lubang cacing. Ini termasuk menggunakan apa2 yang perlu untuk memastikan pelaku itu bukan Anwar.
Itu kalau bukan. Kalau ya, bagaimana. Tiap2 lapuran mesti ada hasil siasatannya.
Ini bukan sahaja soal edaran, ia juga soal siapa yang melakukannya kerana hanya dia boleh membuktikan bahawa dia bukan sebahagian dari edaran haram video itu.
Kalau si pelaku itu bukan orang Islam dan dia tidak tahu menahu keatas rakaman itu, maka tiada apa tuduhan yang boleh dibuat melainkan 'China Doll' itu benar2 pelacur dan bukan Wan Azizah.
Sekiranya pelaku itu orang Islam, maka mahkamah syariah boleh menuduhnya berzina atau sumbang mahram.
Jadi, bagaimanapun , S Manikawavasaga akan ada peluang untuk naik pangkat sekiranya Jawatan yang disandang oleh DSAI dikosongkan atau pelaku Video itu bukan DSAI. It is an ALWAYS WIN situation.P/S Kepada para pembaca budiman, saya mohon maaf sekiranya posting sebelum ini yang telah saya poskan hari itu menyinggung atau merangsangkan anda. Tujuan saya semata2 adalah untuk menunjuk bagaimana deformnya si anu itu sekiranya seseorang itu menggunakan kaedah Suction Pump. Kaedah ini sudah menjadi gejala yang tidak sihat yang diniagakan. Saya akan memaparkan cerita bagaimana seorang bekas pemimpin negara pernah menjadi pengamal kaedah ini dimana kalau terlebih boleh membawa mudarat terhadap diri sendiri.
Profil S. Mani:
S. Manikavasagam (born 27 June 1965[1]) is a Malaysian politician and is currently the Member of the Parliament of Malaysia for the Kapar constituency in Selangor. He is a member of the Keadilan (PKR) party in the Pakatan Rakyat opposition coalition.
Manikavasagam was elected to Parliament in the 2008 election, winning the seat of Kapar, previously held by the Barisan Nasional coalition.[2] Before his election, Manikavasagam was a prominent leader in the Hindu Rights Action Force (HINDRAF).[3][4]
In December 2008, Manikavasagam announced he would leave Keadilan, citing disappointment with the party's leadership in Selangor.[5] He eventually resigned from a leadership position within Keadilan, but not from the party itself.[6] (Dia ni memang dah ada kes tidak puas hati dengan Anwar - SBA)
In June 2009, an arrest warrant was issued for Manikavasagam after he allegedly refused to respond to a subpoena to testify to an inquest into the death of an actress.[7] Manikavasagam applied to have the warrant set aside,[8] and eventually testified at the inquest.[9] Less than two weeks later, Manikavasagam was arrested over an unrelated public demonstration.[10]
______________________________________________________Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam. Manikavasagam, wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.
"Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza," kata beliau kepada pemberita di sini.
"Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.
"Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan," kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asal atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.
"Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama," katanya.
Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.
"Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.
"Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata Surendran.
Semalam, salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.
Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.
Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.
Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.
Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.
Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."
Polis sedang menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.
Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.
Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.
Sumber: Sharpshooter
No comments:
Post a Comment