Ramai mungkin tidak tahu tentang muzium baru di Melaka. Satu lagi tarikan untuk pengunjung ke bandar Melaka lagi bersejarah.
Walaupun kurang dapat sambutan menurut blog PR , saya kira muzium yang menelan hampiri RM300K ini berpotensi menjadi tumpuan sekiranya dipertingkatkan publisiti.
Syabas kerajaan negeri, kerana anak2 Melaka sudah pasti akan berbangga. Lebih2 lagi dengan pengambilalihan bas henti-henti / bas sambung2 kata orang Masjid Tanah, Muzium ini adalah tepat agar ramai anak2 Muda ketahui peranan pengangkutan seperti Bas semasa Malaysia dan Melaka dalam perjalanan mengejar pembangunan dalam era 70 and 80 an.
Pembangunan dan kemajuan yang alami oleh rakyat Melaka, menyebabkan majoriti rakyat di negeri kecil itu berkereta menyebabkan keperluan Bas agak berkurangan.
Dahulu saya masih ingat kalau nak ke Melaka tenguk wayang saya perlu naik dari Kampong saya ke Masjid Tanah dan seterusnya ke Melaka Bus Stand.
Sekarang, ramai anak2 muda sudah berkereta, dan tidak perlu menaiki bas lagi. Jadi saya kira, pengambilalihan sistem transport ini amatlah tepat dan kerajaan negeri menunjukkan tanggungjawab mereka untuk meyelaraskan sistem transport ini dengan lebih teratur.
No comments:
Post a Comment