Setelah sekian lama hendak saya mengulas tentang hal ini secara terus, tetapi tidaklah saya mahu mempertikaikan atau menyokong mana-mana pihak kerana saya masih percaya pengurusan PDRM dan SPRM walaupun saya rasa ada pertindihan kuasa dan penyiasatan yang boleh melengahkan penyiasatan.
Ramai blogger yang mempertahankan NFC dan ramai juga yang mebantai pihak berkuasa kononnya mereka ini mengambil jalan melengahkan perjalanan penyiasatan dan keadilan mahkamah.
Tetapi acap kali kita terbaca pendapat yang menghakim dan menghukumkan seseorang itu tanpa memberi mereka peluang untuk mempertahankan diri sendiri. Banyak hujah adalah berdasarkan pendapat dari segelintir yang sudah terang-terang mempunyai matlamat mereka sendiri.
Kita harus jangan terover hendak memberi maklum balasa kerana mereka ini di PDRM dan SPRM ramai yang juga cuba menjalankan kerja dengan penuh dedikasi. Ada kes yang disebabkan terlampau ingin hendak cepat maka 'finer details' dalam kes tertentu telah dilepas pandang maka terlepaslah penjenayah.
Pada saya, saya takut kita berlaku tidak adil kerana itu adalah zalim. Allah pernah mengingatkan kita supaya berlaku adil walau mereka itu penjenayah. Kerana kalau kita terlebih menghukum seseorang itu kita akan menjadi zalim.
Kita perlu mempercayakan kuasa Allah dengan kurang menuduh banyakkan bertawakal.
Terlebih sudu dari kuah. Much ado about nothing.

No comments:
Post a Comment