Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Sunday, October 2, 2011

Ustaz Nasharuddin Winnable Candidate Ampang

Sekiranya benar berita Ustaz ini yang merupaka seorang kawan baik yang saya kenali, tidak mustahil kalau Ustaz ini di benarkan bertanding di kawasan Ampang, yang secara kebetulan memang menantikan seorang gergasi politik untuk bertanding di Ampang dan agar profil belias menjadi tarikan kepada bekas penyokong PAS dan pengudi atas pagar.
SBA
_________________________________________________________________________________________________________
Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin terus diboikot Pemimpin Tertinggi PAS. Lebih mengaibkan apabila Program Sidang Media semalam yang memperlihatkan Ustaz Nasha bersama Mukhriz Mahathir dijadikan mainan ejekan Pemimpin2 berhaluan kiri semasa berlangsungnya Konvensyen 60 Tahun PAS di Kepala Batas. Rata2 membawa fitnah mendakwa Ustaz Nasha telah murka pada perjanjian Pakatan apabila menjalinkan kerjasama dengan seorang Pemimpin kotor UMNO dan anak kepada Maha Firaun. Apa yang lebih biadap, Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dikatakan sanggup menyeru Penyokong2 PAS meludah ke muka Ustaz Nasha jika betembung dengannya kerana murka pada perjuangan parti. Ustaz Nasha yang dilantik sebagai Pengarah Lembaga Al-Quds Foundation bagi menggerakkan usaha Program Kemanusiaan Palestin semalam menjelaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkhidmat dengan mana2 individu dari mana2 organisasi jika matlamat yang diperjuangkan berbentuk isu2 sosial ke arah memertabatkan Islam termasuklah Misi Bantuan Palestin. Ini kerana perjuangan sebegini tidak sewajarnya dibawa dengan emosi politik kerana ianya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada sahsiah Islam terutamanya dalam menggerakkan bantuan buat saudara seIslam di Negara seperti Palestin. Beliau turut bertegas masih setia pada parti PAS yang menjadi nadi perjuangan politik beliau dan perlantikan beliau sebagai Pengarah Lembaga yang turut mendapat kerjasama Mukhriz Mahathir merupakan salah 1 khidmat beliau pada masyarakat dan peringkat antarabangsa. Pada Muktamar PAS sebelum, beberapa Penyokong Pro Ulama' PAS memperakui ada kumpulan telah digerakkan bagi menumbangkan Ustaz Nasha yang diketuai Pemimpin Pro Sekular PAS. Kumpulan ini menyebarkan fitnah terhadap Ustaz Nasha dengan menggelar seorang Pemimpin PAS berproksi UMNO. Ianya telah mengurangkan keyakinan perwakilan yang telah diracun untuk memilih semula Ustaz Nasha mengisi jawatan No. 2 dalam Parti.
Sumber: http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/10/mat-sabu-seru-penyokong-ludah-muka.html

No comments:

Post a Comment

Blog Archive