Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Saturday, October 22, 2011

Aziz Bari digantung profesorship. Murid-muridnya di siasat sewel.


Setahu saya Encik Aziz Bari ini bukan full professor kerana title professornya hanya atas dasar lantikan. Jadi sekiranya, dia sudah digantung, maka pangkat Prof tu harus dah jatuh ke Encik aje. 


Saya juga hairan macamana mat ini boleh diambil oleh UIA sebagai lecturer dalam Law. 


Dan sudah berapa lama kah dia menjadi penceramah di UIA?


Saya amat bimbang dengan peguam yang dilatih dibawa era dia menjadi penceramah di UIA. Tidak terperanjat kalau didapati ramai muridnya dah sewel.


Saya juga pernah terjumpa banyak graduan undang UIA dan siapa yang tidak ingat  loyar terlampau dalam video bersama artis, Norazlin. 

Dan juga ada loyar yang kita kira, lebih sudu dari kuah.

Saya sarankan agar murid2 lepasan undang2 dari UIA semasa di menjadi penceramah di selidik oleh kerajaan kerana saya suspek mereka2 ini mungkin juga ada wire yang short. 

Ini perlu dibuat dalam kadar segera demi menjaga mertabat bangsa, ugama dan tanahair.

____________________________________

Walaupun Aziz Bari berilmu, tapi dia tak semestinya berakal & berakal pula tak semestinya berhikmah

1. Bermula isu apabila seorang Melayu pandai secara terang–terangan mempertikaikan titah YTM Sultan dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam ke atas Gereja Methodist. Kata seorang yang bergelar professor, titah YTM Sultan mengenai isu serbuan Jabatan Agama Islam ke atas Gereja Methodist tidak konsisten dan dilakukan di luar kelaziman.

2. Kelmarin ada berita yang memetik kata Tun Mahathir yang menyifatkan kenyataan professor ini adalah "kurang ajar" walaupun Tun kurang pasti sama ada kenyataan professor ini menyalahi undang-undang atau tidak. Ada juga berita memetik kenyataan balas dari professor tersebut yang menyelar Tun Mahathir dengan mengatakan, "Kalau saya kurang ajar, Tun itu apa?" Professor ini berkata sedemikian merujuk kepada ucapan Tun dalam membentang rang undang-undang pindaan perlembagaan yang menghadkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1993.

3. Professor inilah yang lantang mengkritik Kerajaan, mengkritik BN lebih-lebih lagi dalam isu BN mengambil alih kuasa pemerintahan di Perak. Dia kerap mengatakan tindakan BN tersebut tidak berperlembagaan. Apabila Mahkamah memutuskan bahawa Kerajaan BN yang mengambilalih kuasa pentadbiran tersebut sah mengikut perlembagaan, professor ini mengalihkan kritikan beliau kepada institusi kehakiman pula.

4. Dua perkara yang ingin dibentangkan dalam coretan kali ini. Pertama, adakah kenyataan Melayu pandai ini menyalahi undang-undang? Kedua apa yang Tun Mahathir katakan pada tahun 1993 yang membuatkan professor ini cuba menyelar kembali Tun Mahathir?

5. Kenyataan professor ini terhadap YTM Sultan seolah-olah menyatakan bahawa YTM Sultan telah membuat sesuatu yang tidak betul. Secara tidak langsung mempertikaikan kewibawaan YTM Sultan dalam menjalankan peranan sebagai Ketua Agama Negeri. Tidak ada cacat celanya titah YTM Sultan itu dan titah tersebut di beri atas keperihatinannya terhadap hal ehwal orang Islam di negeri Baginda. Baginda sebagai Ketua Agama Negeri layak memberikan titah tersebut sama ada di segi Perlembagaan atau di segi mempertahankan kesucian Islam.

6. Mempertikaikan tindakan YTM Sultan yang melaksanakan peranan yang telah diamanahkan kepada Baginda adalah sesuatu yang menghina. Membenarkan kenyataan tersebut tersebar luas dalam sebuah portal menunjukkan professor ini mahu rakyat tahu dia mempertikaikan titah dan kewibawaan YTM Sultan. Ini sudah boleh dikatakan mempunyai niat atau menghasut rakyat bahawa YTM Sultan telah melakukan tindakan yang tidak betul. Tindakan professor itulah sebenarnya suatu penghinaan.

7. Akta Hasutan 1948 (disemak 1971) ada menyebut dibawah Seksyen 3 (1) (a) bahawa kecenderungan menghasut ialah kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan. Sekiranya ini dilakukan, pelaku akan di dakwa dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) yang memperutukkan denda sebanyak RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali dan sekiranya kesalahan kali kedua, boleh dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun.

8. Adakah apa yang dikatakan oleh Profesor ini menyalahi undang-undang? Pada pandangan aku adalah "Ya" kerana kenyataan ini jelas mendatangkan penghinaan kepada YTM Sultan. Namun terpulanglah kepada Pendakwa Raya untuk mendakwa professor ini jika bukti yang ada cukup untuk mendakwa beliau.

9. Keduanya, apa berlaku pada tahun 1993 sehingga professor itu menyelar kembali Tun Dr Mahathir? Untuk memahami perkara ini, perlu dibaca semulaucapan Tun Mahathir dalam Parlimen semasa membentangkan rang undang-undang pindaan Perlembagaan pada 18-01-1993.

10. Perlu diingatkan, Tun Mahathir pada masa itu perlu membentangkan rang undang-undang pindaan Perlembagaan demi untuk "melindungi rakyat" selepas berlakunya insiden seorang anak raja memukul rakyat selepas perlawanan hoki. Sebelum pindaan tersebut, semua tindakan raja dan anak raja tidak boleh dipertikaikan walaupun tindakan-tindakan tersebut adalah suatu tindakan jenayah. Pindaan tersebut membawa semula erti Raja Berperlembagaan yang mana Raja juga tertakluk kepada Perlembagaan. Kekebalan Raja masih dikekalkan sekiranya baginda Raja menjalankan tugas dan peranannya selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang. Namun Raja tidak terkecuali sekiranya apa yang dilakukan bersalahan dengan undang-undang atau kesalahan jenayah.

11. Walaupun ada pihak pada masa itu mengatakan bahawa Tun Mahathir menderhaka kepada Raja, namun Tun bercakap dalam Parlimen dan tindakannya adalah sah menurut keistimewaan Parlimen (Parliamentary privilege) yang dijamin oleh Perlembagaan. Pada masa itu, rang undang-undang pindaan tersebut telah diluluskan secara sebulat suara oleh Parlimen (termasuk Ahli Parlimen Pas dan DAP). Hanya setelah pindaan tersebut diluluskan, barulah Tun Mahathir mengadakan beberapa sesi penerangan bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa pindaan tersebut perlu dibuat. Persoalannya, adakah itu yang dikatakan biadap? Ketika kenyataan kali pertama, ianya dibuat dengan jaminan Perlembagaan dan tidak menyalahi undang-undang. Keduanya, kenyataan Tun Mahathir dalam sesi penerangan di buat setelah pindaan tersebut diterima. Tun hanya menjelaskan kepada rakyat apa yang telah tersurat.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive