Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, October 26, 2011

Deepavalli delights: Baca lah ini sebelum anda diserangi sakit jantung atau ingin mengelakkannya.

Selamat Hari Deepavalli kepada mereka yang berugama Hindu. Sempena menyambut hari perayaan Hindu marilah kita sama-sama ingatkan kesihatan kita, lebih2 lagi Tian Chua yang kuat makan tu.
Lihat di bawah posting ini (sumber: KL Boyz)

Baca lah ini sebelum anda kena serangan jantung.
Apa yang saya pelajari:
Hanya dua bahan makanan yang kita harus tinggalkan atau menjaga kaedah pemakananny untuk mengelakkan penyakit ini atau kita ingin menghindari dari sakit jantung.

Gula dan Lemak adalah dua bahan yang kita harus kawal kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman arteri,

Bacalah seterusnya satu huraian yang agak panjang dari seorang pakar jantung yang pernah dirinya sendiri mengalami serangan jantung dan hampir menemui ajal.

http://w3.newsmax.com/newsletters/crandall/video_ob2.cfm?PROMO_CODE=D183-1

__________________________________________________

TIAN CHUA KUAT MAKAN DAN MELANTAK LAUK MENU RAKYAT 1 MALAYSIA...!!!

 
PAKEJ harga sarapan pagi dan makan tengah hari yang terkandung dalam Menu Rakyat 1Malaysia mudah sahaja, dengan harga RM4 untuk makan tengah hari, anda akan mendapat nasi berlaukkan seketul ayam serta sayur dan air kordial.




Tetapi ingat kalau anda melantak makan pelahap macam Tian Chua ahli Parlimen BATU, ataupun ingin merasai lauk lain seperti udang, sotong atau ketam, anda kenalah membayar lebih.



Si BATU Tian Chua sememangnya pelahap kuat makan lauk lebih, sengaja hendak mengena huru-harakan program ini, sebab itu saya tegaskan di sini bahawa asas makanannya seperti yang tertera diatas.



Setakat ini sambutan daripada para pengusaha restoran dalam menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia ini begitu amat menggalakkan kata Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Nasir Noryakin.



Mohd. Nasir sekadar tertawa kecil menerusi corong telefon ketika ditanya tentang kritikan yang dilemparkan oleh Si BATU Tian Chua yang mendakwa hidangan yang dimakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengunjungi Restoran Ukhwah di Kuala Lumpur baru-baru ini lebih mahal berbanding yang dilaporkan media.



Ini kata Naib Presiden PKR itu selepas tinjauannya di restoran yang menyediakan menu berkenaan di Taman Kok Doh, Segambut dekat ibu negara.



Dakwa Tian Chua, harga sebenar makanan tengah hari tersebut hampir sekali ganda iaitu RM6 berbanding RM4 dalam pakej menu Rakyat 1Malaysia. Menu sarapan yang berharga RM2 pula dakwanya, hanya dikurangkan kandungannya berbanding apa yang dipromosikan.



Atas motif 'hendak mengena' kerana busuk hati, hasrat Perdana Menteri mengambil beberapa jenis makanan semasa di Restoran Rakyat 1Malaysia (Restoran Ukhwah) itu pun sanggup dijaja Tian Chua sebagai isu. Padahal Najib mahu menguji kualiti menu untuk memastikan lauk yang disediakan kepada rakyat setimpal dengan harga yang dibayar.



Hakikat sebenarnya sejak program Menu Rakyat 1Malaysia dilancarkan pada 7 Julai sehingga semalam, kira-kira 1,004 pengusaha premis makanan telah menyertainya. Sambutan memang cukup hangat. Jika 611 buah premis makanan sahaja tersenarai pada 7 Julai lalu, kini angka premis yang memasuki program bertambah dari minggu ke minggu.



Menerusi pemerhatian pejabat kementerian peringkat negeri, hampir semua negeri melaporkan peserta program memberikan reaksi yang positif terhadap usaha untuk mengurangkan beban rakyat.



Pelanggan yang datang semakin bertambah dan telah meningkatkan lagi pendapatan perniagaan mereka. Rata-rata pelanggan mahu program Menu Rakyat 1Malaysia ini diteruskan kerana ia banyak membantu dalam mengurangkan kos perbelanjaan harian terutamanya golongan berpendapatan rendah.



Menu Rakyat 1Malaysia merupakan satu program kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang sebahagian besarnya terpaksa menjamu selera di restoran berikutan kekangan masa atau tuntutan kerjaya.



Melalui pakej Menu Rakyat 1Malaysia, orang ramai hanya perlu membayar maksimum RM2 untuk bersarapan dan RM4 untuk makanan tengah hari. Bagi Sabah dan Sarawak, harga maksimum dikenakan RM2.50 dan RM5 masing-masing untuk bersarapan dan makan tengah hari.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive