Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, October 14, 2011

Pelakun Babak Pertama Mereng Mahawangsa menghina Sultan Selangor

Pelakun babak pertama Hikayat Mereng Mahawangsa kembali lagi dengan tindakan yang menghina Sultan Selangor, kuasa tertinggi dan Ketua Agama Islam di Selangor. Si Mereng ini melanggar larangan perintah Sultan Selangor agar sesiapa yang ingin berceramah di masjid mesti ada kelulusan dari pihak JAIS. Dah pulak itu, dia menyalahi UMNO pulak bukan Hassan Ali. Bodoh betul mamat ini.
Hello Bob, masjid bukan tempat nak tunjuk hebat kamu yang sudah mengaku daif tetapi nak beri ceramah pulak kepada orang-orang lain. Ini bagaikan ketam mengajar anak2nya berjalan dengan betul. Podah. Pttui.
________________________________
Bob Lokman yang dinobatkan sebagai selebriti khawarij telah mencabar pihak berkuasa agama apabila mempertikaikan tindakan JAIS yang menahannya daripada menyampaikan ceramah politik di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober.

Kaum puak khawarij mudah saja,ceramah politik dikatakan kuliah agama.Kerana kaum puak ini mengangap politik itu adalah agama anutan mereka.Maka sebab itulah semuanya dihalalkan cara asal matlamat tercapai.

Pisau rasakan bro bob kita ni lebih hebat dari Nik Aziz,wali selipar dari Kelantan pun menurut perintah tuanku sultan agar tidak mengadakan ceramah atau kuliah di Selangor , dia ingat besaq sangatkan maqam dia lepas sign borang syurga PAS .
Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman berkeras tidak akan hadir memberikan keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahannya kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam," katanya yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin hari ini dilaporkan berkata, jabatan itu akan memohon waran tangkap terhadap Bob yang disifatkannya "berdegil" tidak hadir memberikan keterangan setelah diarahkan berbuat demikian pada 11 Oktober.

Kegagalan itu membolehkannya dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Pisau kata " geng JAIS tak takutkah?! nanti puak khawarij bagi fatwa tak masuk syurga baru hang tau?"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1ak0HPwZc

No comments:

Post a Comment

Blog Archive