Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, June 21, 2012

Pesanan terakhir Chin Peng: Agar Beliau dimaafkan. Nasihat Mat Sabu agar bertaubat

Menurut penolong peribadi ChinPeng , beliau meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang telah kehilangan nyawa saudara mara semasa darurat dan minta agar Mat Sabu bertobat dan balik ke pangkal jalan. Jangan jadi pengkhianat kata nya, kerana memang komunis dulu hendak bunuh itu orang Melayu yang menyokong raja Melayu. Jadi Mat Sabu itu jangan lah memandai2 nak putar belit fakta. silat baca berita dibawah ini. Chin Peng akan di Bakar di Sebuah perkampungan di Selatan Thai esok pagi. -------- Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, 90, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok dan berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin Melalui blognya, zamkata. blogspot, berkata, beberapa kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali  orang yang melawatnya. Menurut blog itu, seorang daripada dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu, Chin Peng telah dikejarkan ke hospital dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin tenat. Dua orang pembantunya cuba memberitahu tentang kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar. Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantu bahawa sebelumnya dia telah pun bercakap mengenai kematiannya. Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berumur 15 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah setiausaha agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang AS$1 juta (RM3.2 juta). posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Blog Archive