Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, March 4, 2009

Serahan Bantuan Tabung Bukit Antarabangsa oleh Dato' Ismail Kijo

Pada malam ini (830 mlm), teman dapat menyaksikan serahan agihan dari Tabung Bencana Bkt Antarabangsa di depan Restoren Burger King, Bkt Antarabangsa oleh pengerusi Dato' Ismail Kijo dari UMNO Bahagian Ampang kepada Dato' Muneandy sebagai Pengerusi dalaman JK Bertindak Persatuan Penduduk Bkt Antarabangsa.
Majlis disaksikan oleh mangsa2 tanah runtuh 6 Disember 2008.
Agihan adalah seperti berikut:
1. Berkematian sebanyak RM5000 tiap2 kematian
2. 16 taraf ranap, RM5000 tiap2 rumah ranap/atau bertaraf ranap
3. 11 separuh ranap, RM2000 se unit
4. Penduduk2 Impian Selatan secara pukal RM10K
5. Wangsa 9 (23 unit) dan Wangsa 11 (3 unit) RM 500 tiap2 unit
6. BJ6 (8 unit) RM 500 tiap2 unit

Agihan kepada Masjid sebagai pusat penyelengaraan bantuan bencana akan di serah sedikit masa lagi.

Teman di beritahu bahawa pada siapa yang belum mengambil agihan sila berhubung dengan UMNO bahagian atau wakil2 mereka yang hadir pada malam itu.

Penduduk Bkt Antarabangsa amat berterimakasih terhadap ke perihatinan UMNO bahagian Ampang yang telah turut menolong dalam usaha penyelengaraan mendapatkan bantuan orang ramai dan juga pakej RM 70juta pembaik pulih cerun2 di B Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive