Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, September 29, 2011

PAS Kelantan takutkan DAP dan MAGERAN lebih dari ALLAH. Pada saya buat aje ler.

Isu hudud sekejap tenggelam sekejap timbul mengikut arus pilihanraya. Kalau di panggil pakar2 matematik memang tentu dapat dipastikan kitaran ini hadir kerana politik PAS dalaman. 
Hudud akan hanya digunakan untuk membuktikan PAS 'is alive and kicking' untuk kalangan ahli2nya kerana ramai ahli2nya sudah kecewa kerana PAS berkerjasama bersama DAP yang terang2 menentang hudud. Walhal UMNO tidak. 
Sesetengah mempersoalkan perlaksanaan boleh membawa ketidakadilan dan kezaliman terhadap orang-orang Islam yang melakukan jenayah bersama orang-orang yang bukan Islam walaupun mereka in juga tidak memusuhi Islam. KIta di seru menentang kezaliman dan selagi kita tidak boleh melaksanakan dengan adil maka hudud boleh di nantikan sehingga satu hari nanti. 


KIta di ajar tiap-tiap hukum mesti dijalankan dengan adil kerana sekiranya kita tidak adil itu zalim maknanya.


Jadi, UMNO kenalah menubuhkan satu pasukan bagaimana mau melaksanakan hukum dengan betul. Umpamanya, jentera perlaksanaan. Hendak keratpun kena dengan teknik dengan betul. Mungkin kita boleh menghantar doktor2 kita yang terlampau kian banyak mengganggur menjadi doktor hudud.
PAS sudah lebih dua dekad memerintah Kelantan. Kalau BERSIH 2.0 pun mereka berani langgar kenapa isu Hudud ini takut pulak. 


Kalau PAS tak laksanakan, maka benarlah bahawa PAS ini hanya mempermainkan Ugama Islam di sebabkan politik untuk berkuasa.


Baca juga: http://azlishukri.blogspot.com/2011/09/nik-aziz-tidak-amanah-dengan-ilmu-orang.html
_________________________________________________________________________________
Majlis Pimpinan Pakatan haram tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama,Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

"Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP,Lim Kit Siang, Pengerusi DAP,Karpal Singh,Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang bercadang untuk melaksanakannya di negeri itu.Anwar berkata, pakatan haram juga tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu.



Sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2011/09/sah-hudud-tidak-akan-di-laksanakan.html

No comments:

Post a Comment

Blog Archive