Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, September 16, 2011

MemBADUTkan RAKYAT: HARI MALAYSIA HARI MANSUHKAN ISA satu-satunya akta yang telah menyatukan kedaulatan negara


Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Merdeka ke 54.
ISA,, Internal Security Act, satu-satunya akta yang telah menyatukan kedaulatan negara yang tercinta telah diumumkan pemansuhannya. Teks ucapan di Badut Rakyat
Adakah ini satu tindakan yang bernas, atau satu tindakan yang amat membabi buta dan drastik?
SOKONG ISAIni lah sesuatu akta yang walaupun nampak drakonian, tapi itu adalah satu akta yang dianggap oleh majoriti rakyat satu akta yang amat berjasa kepada Malaysia dalam menjaga keselamatan dan keutuhan perlembagaan menjaga kedaulatannya sebagai negara yang baru merdeka ketika itu dan semasa era selepas 911, era anti-keganasan sehinggakan USA terpaksa mengwujudkan satu akta, Patriot Act, yang menyerupai akta ini demi menentang keganasan di Amerika.

Pemansuhan akta ini boleh dilihat sebagai satu tindakan yang ingin meraih undi dan pasti ada yang menuduh PM akhirnya tunduk atas desakan Pembangkang sebelum PRU akan datang. Ini sudah tentu satu peluru yang akan di guna untuk menembak Barisan Nasional,
Banyak Isu yang ditentangi oleh golongan anti-ISA selama ini adalah berkenaan dengan penangkapan ahli politik yang mengeluarkan kata2 hasutan yang di anggap sepatutnya dibawa keadilan di bawah satu akta yang lain iaitu akta Hasutan.
Sepatutnya, PM mengistiharkan bahawa penggunaan ISA di selaraskan dengan kriteria2 yang lebih ketat dan diperjelaskan untuk membanteras kegiatan penyeludupan senjata, human trafficking, jenayah , keganasan terhadap negara dan manusia sejagat dan juga kegiatan yang menyerupainya.
Pengumuman ini sudah pasti akan menguris banyak bloggers dan rakyat yang pro-ISA kerana dengan pemansuhan ini pembentangan akta yang baru tidak mungkin dapat di bentangkan tanpa tentangannya oleh pembangkang dan tidak hairan oleh ahli2 Parlimen yang pro-BN.
Soalannya, dapatkah Kerajaan undi dua pertiga bila pemansuhan ini di bentangkan di Parlimen sekiranya masih ada yang akan membahas apa dia kepincangan akta ISA ini walhal yang masaalah sebenarnya adalah cara penggunaannya sahaja,
Pengistiharan ini mungkin akan diterima oleh ahli parlimen pembangkang, tapi akan membawa kegusaran dikalangan ahli BN yang banyaknya tidak sokong PM dalam isu ini. Sekiranya, barisan pro-kerajaan di benarkan oelh PM mengundi cara bebas dan mengikut nilai diri, adakah ini juga satu taktik untuk Najib memastikan siapakah dikalangan di Parlimen yang boleh beliau percayai dalam PRU yang akan datang?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive