Sempena PRK di Merlimau, ramai yang cuba menarik minat pembaca, termasuk New Straits Times, menceritakan bagaimana Merlimau mendapat namanya.
Ada yang mengatakan ia dinama sempena upacara mandi limau sebelum berangkat ke Gunung Ledang yang berdekatan, atau banyaknya pepohon yang berbentuk macam buah limau di sekitar kawasan bandar dan kampung di Merlimau.
Apa yang saya mahu mengutarakan adalah versi yang lain dari yang lain.
Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanan nya ke Gunung Ledang, telah jumpa ia akan Nenek Kebayan ( yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia kehendakki. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat2 pengkeras.
Pengkeras ini agak luar biasa kerana mesti kutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada waktu malam tiap2 malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda2 itu maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita maka Awang Lebarpun bersetuju.
Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengkeras2 itu. Dia berjalan pada waktu malam Nak di pendikkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40 beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak2 jumpa buah yang terakhir. Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, mataharipun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.
Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal dari Merimau, atau Rimau Jadian macam siTora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.

No comments:
Post a Comment