Sejak kebelakangan ini kita saksikan banyak hantaran SMS seperti diatas bertujuan semata-mata hendak mengkaburi mereka yang leka. Kalau satu hari ,10 orang sahaja terkena tipu dengan Melayu kreatif ini , maka pendapatan harian conman ini adalah merangkumi jumlah sebanyak RM500 iaitu bersamaan dengan RM15000 sebulan yang boleh dikatakan satu gaji bulanan bertaraf CEO/MD disebuah syarikat multinational.Hebat ya orang Melayu kita zaman sekarang. Adakah ini tanda Melayu sudah maju? Sejak kebelakangan ini bermacam2 cara telah dibuat dan semakin ramai orang Melayu telah meneroka perniagaan ala "The Sting". Dahulu kita nampak banyak con job ini di lakukan oleh yang bukan Melayu, tetapi kini kita hadapi semakin ramai anak2 muda kita yang menceburi bidang penipuan samada sebagai entiti sah seperti syarikat2 service provider (syndicated) yang menghantar SMS bernilai RM5 satu mesej kepada anak2 kecil . Mereka ini bersubahat dengan Telko2 gergasi seperti Maxis, Celcom, dll. Mengapa saya katakan subahat, kerana pihak Telko ini tahu, tetapi sengaja buat tidak tahu; dengan membuat tidak tahu merekapun kaut untung berjuta-juta ringgit.
Yang sedihnya, syarikat2 telko ini ada membuat kerja amal (CSR - Corporate Social Responsibility). Pada saya apa gunanya CSR,kalau kuasa ditangan untuk membendung SMS tujuan menipu kanak2 (dan ibubapa) yang hanya memberi handphone atas dasar keselamatan; tidak di guna sepenuhnya.
Bukannya susah, hanya ia hanya memerlukan tekanan satu butang sahaja atau satu arahan dari MCMC sahaja, SMS tipu ini dapat di bendungkan.
Adakah MCMC tidur?
No comments:
Post a Comment