Dato' Seri NAZRI mungkin tak belajar dari sejarah atau sengaja tidak mahu tahu-menahu punca penubuhan Perkasa .Mungkin juga dia tidak tahu bahawa DS Najib ada pernah juga datang ke majlis Perkasa.
Dari kenyataan nya semalam, (The SUN-12/9/2010), sedih juga kita mendengar acapkali beliau ni agar terpesong dari hakikiki sebenar.
Kenyataan NAZRI untuk menyisirkan NGO Pribumi ini,amatlah bertentangan dgn kehendak Allah yang umat Islam mesti sentiasa sikap berpesan-pesan dan pegang ketali Allah. Muafakat membawa berkat.
Apa yang teman nak beritahu, banyak Ketua-Ketua cawangan Umno dan juga ahli biasanya adalah ahli perkasa.
Di Bukit Antarabangsa, ada juga yang pernah jadi ADUN walaupun beliau seringkali membawa isu di persidangan bahagian mengapa Ibrahim Ali diberi layanan begitu baik dan ada yang melebihi Ahli Majlis tertinggi bila beliau masuk ke PWTC.
Dan ada yg juga memjadi ahli sejak dari azali penubuhan persatuan yang berobjektif menjadi suara ketiga. Perjuangan membela Nasib melayu tidak boleh hanya di dalam parti politiik yg sentiasa didalam sifat lebih rela berkompromi antara parti-parti komponen BN dan yg bukan BN.
Perkasa harus juga jangan, terlalu ghairah menghentam UMNO dan juga menabik dada lebih2 lagi Perkasa masih ada banyak ruang untuk memperbaiki perjalanan perlembagaan nya yang ada kalangan ahli-ahlinya mengatakan pincang. Umpamanya, perlantikan jawatankuasa daerah termasuk ketuanya mesti di pilih Oleh Ahli setempat, dan juga ditetapkan criteria yang tinggi pada setiap percalonan dan perlantikan. Apa yang dipraktikan sekarang ini adalah sistem feudal.
Balik kita ke isu NAZRI, walaupun Dato' Seri didengar akan berhenti tak lama lagi, janganlah pula bakar rumah yg ditinggal.
Berilah ruang sikit kepada Dato' Ibrahim Ali, dia ni dah la tua, tak panjang dah umur, takkan kita tak boleh beri dia satu platform untuk menebus diri mempertahankan hak Melayu dan pribumi yang kini dilihat semakin terhakis dengan rakusan pakatan pembangkang merampas kuasa Pribumi dan Sultan Melayu dan pihak UMNO yang ingin sangat meraih sokongan daripada parti-parti komponen bukan pribumi dengan kata-kata lunak yang boleh di salah iktirafkan sebagai kompromi yang melampau sangat.
Kadang-kadang, lemas juga kita setiap kali nak mempertahankan isu-isu Pribumi, kita perlu mengambil kira pandangan parti komponen yang kita telah terang-terang tahu kini bersalin kulit. Dari kenyataan GERAKAN yang kini telah pun nampaknya telah sampai kata sepakat untuk sentiasa berada dalam BN agar orang PAS tidak akan sesekali mahu berada bersama UMNO [Divide the pribumi and rule] dalam perjuangan mertabakkan Muslim,hak Pribumi dan Islam. Sejak kebelakangan ini, MCA dan GERAKAN giat menurut rentak tarian DAP dengan amalan taktik 3D (Duri Dalam Daging).
Melayu di UMNO ke PAS ke PKR harus mempunyai satu platform suara ketiga agar hak tertentu yang telah di mashyurkan dalam perlembagaan di jaga dengan rapi. Perkasa boleh menjadi TALI Allah dalam menyatu padukan orang-orang Melayu dan Pribumi.
Dato Seri Nazri dan Pemuda Gerakan Oh Teong Keong (The SUN 13/Sep/2010) mungkin sudah lupa bahawa taktik gabungan BN adalah untuk meraih sokongan dari PRIBUMI melalui UMNO, China melalui MCA dan GERAKAN, dan India dari MIC dan PPP. Jadi tidak salah Mantan PM, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa UMNO perlu rapat dengan Perkasa untuk mendapat sokongan Melayu. Ini adalah real politik terkini dan hakiki yang mana sokongan orang Malaysia adalah dari peraihan sokongan melalui parti-parti komponen.
Kita berharap PM Malaysia tahu bagaimana nak mengendalikan mereka dua orang ini kerana masing-masing nampaknya ada agenda yang tersendiri; agenda yang merbahaya dan yang mungkin wujud dari konflik dalaman atau peribadi dahulu kala dengan Ibrahim Ali dan juga Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada Negara.
Ahli-ahli UMNO dalam PERKASA sudah lemas kerana kena sentiasa bersifat lemah lembut. Kini sudah sampai masanya ahli-ahli UMNO dalam PERKASA perlu bertegas dalam apa-apa perjuangan yang sudah mestinya hak kita dari azali, kini dan selamanya. Kita tidak boleh berlembut.
Kerajaan Melayu di terbitkan dari darah merah leluhur kita yang mengalir dari luka parang, keris JAWA, lembing dll akibat melawan penjajah dan anasir barat; ini kan pula nak diberikan kepada keturunan pencacai Penjajah dengan hanya sebatang pensil dan sehelai kertas.
P/S Teman nak tubuhkan PERKASAM (Persatuan Pribumi Perkasa Ampang)
Kisah-kisah dan teropongan seorang siamang profesional di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Bukit Antarabangsa adalah kawasan berbukit ramai golongan artis dan professional tinggal. Blog ini kini mesra waktu pejabat. Sifat siamang adalah untuk melolong apa berita yang baik dan buruk di terima. Klik control play untuk mendengar lolongannya.
Bebel Without a Clause
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(126)
-
▼
September
(20)
- BATTLE OVER LOTUS: 1MALAYSIA sebagai Jalan Tengah ...
- Kes Bunuh Ratu Alat Mekap: Peluang Perniagaan untu...
- Tahniah, Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim keran...
- Quran dulu ke hadis dulu? Malaysian first Malay se...
- Diantara yang tertera dibawah ini, manakah syarika...
- Hindraf legal team formed to defend serial killer ...
- If UMNO = PEKEMBAR then PAS = PIS endif, Apa kah n...
- Bila Siti tarik diri terlintas pulak Siamang henda...
- Selamat Hari Malaysia - Other events happenned on ...
- A helicopter carrying Fire and Rescue Dept personn...
- The shocking jews role in Slavery. By David Duke
- Stop playing anti-Malay role, Siamangbukit tells N...
- Bila seseorang itu Datuk kita taksub? Bagaimana de...
- Apa beza masyhur dan tabal? Masaalah di Dewan Baha...
- Rombongan Guan Eng Rasis,Bukti Ultra Kiasu Benci M...
- Ucapan Aidil Fitri
- 8/9 3 families involved in Bukit Antarabangsa land...
- Wakil Bukit Antarabangsa dari Taman Jepun bakal Ke...
- Mengimbas Kembali Trajedi Tanah Runtuh Bukit Antar...
- Sentuhan Isu 153 bagaikan sentuhan tangan keatas s...
-
▼
September
(20)
No comments:
Post a Comment