Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, September 23, 2010

Quran dulu ke hadis dulu? Malaysian first Malay second? NAZRI ponders with Siamangbukit

  1. Ramai orang Islam tidak akan fikir panjang untuk menjawap apabila dikemukakan pada soalan yang tertera sebagai tajuk blog ini.
  2. Mungkin lain pula pada kumpulan yg tolak sesetengah hadis. Kumpulan yang terus menolak hadis, jawapannya lagi amat ketara.
  3. Majoriti orang Islam akan menjawab kedua2 mesti sama didulukan,baik AlQuran baik AlHadith. Gugur Islam, kalau tolak hadis.
  4. Jawapan NAZRI boleh diibaratkan seperti memilih Quran dulu kemudian Hadis. Kumpulan yg tolak sesetengah hadis akan berkata pula alQuran dulu dan hadis kedua selagi tidak bertentangan dengan alQuran.
  5. Adakah NAZRI berpendirian yg serupa, yakni Malaysia dulu dan melayu kemudian selagi perjuangan Melayu itu tidak bertentangan dgn perlembagaan Malaysia.
  6. Ataupun Melayu dulu kemudian Malaysia . Yakni, Malaysian first as long as any struggle related to Malaysia, does not conflict with the struggle for Malays and bumiputeras rights.
  7. Adakah perlembagaan Malaysia diwujudkan sebegitu rupa demi memastikan yang hak-hak Melayu, Islam dan Bumiputeras are looked after during the formation of Malaysia .
  8. Atau, adakah teras utama perjuangan Malaysia bersokongkan perjuangan terbela nasib Bumiputera ditanah leluhur mereka sendiri.
  9. Lim Kit Siang ucap tahniah kepada NAZRI, kononnya beliau adalah menteri Umno yang pertama mengumumkan sedemikian.[TPM pula bercanggah dengan prisinp NAZRI dan LKS)
  10. Kita patut tanya, kenapa beliau (LKS) suka sangat memberi ucapan beliau dalam bahasa Mandarin, bukan dalam bahasa ibunda atau Bahasa Melayu sebagai yg termaktub dalam perlembagaan.
  11. Kenapa beliau tidak pernah melaungkan "Satu Sekolah Satu bahasa".
  12. Dan kenapa beliau tidak pernah memberi pendapat beliau program bagaimana membolehkan Bumiputera pegang 30% ekuiti atau bagaimana hendak berniaga dengan peniaga-peniaga China tanpa diherdik oleh China Chauvinis atau Komunis.
  13. Atau adakah ini semua auta perjuangan Chauvinist China yg merupakan perjuangan penjajahan satu kaum yang terancang menerusi penguasaan ekonomi dan 'meritokrasi'  sebagaimana berlakunya terhadap penduduk asli di Australia dan Amerika Utara dan Selatan
  14. Sebagai Ahli sunnah wal jamaah , kita perlu teraskan kedua2 iaitu Malaysia dan Melayu seiring dan sejalan
  15. Atau mungkin kita,orang UMNO, dan PERKASA perlu menilaikan mana teras utama. Mungkin Melayu dulu dan Malaysia berikutnya?
  16. Atau adakah perlu NAZRI merombak perjuangannya didalam UMNO?
  17. Adakah beliau, Melayu Dulu atau Malaysia dulu atau kedua2nya sekali? Tidak ada erti bagi Malaysia sekiranya bumiputera, baik Melayu atau Iban itu, terus merempat dinegeri sendiri.
  18. Perlembagaan itu tinggal satu kertas contengan, kalau perlembagaan itu tidak mengguntungkan Bumiputera dan Islam, dan juga rakyat nya yang lain yang hanya mendapat hak kerakyatan melalui penerimaan total mereka pada perlembagaan dan sifat 'kisan dan memberi' oleh orang2 Melayu dan Bumiputera .

2 comments:

  1. Sebenarnya pemimpin Melayu Malaysia sudah masuk perangkap!!
    Bagi orang Melayu mana ada istilah Melayu dahulu atau Malaysia dahulu??
    Bukankah Malay itu dengan sendirinya MALAYsian..
    Persoalan bangsa dahulu atau Malaysia dahulu sepatutnya ditujukan pada rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu!!
    (Malang sungguh orang Melayu Malaysia kerana berjaya dimomokkan oleh bangsa asing dibumi sendiri)

    ReplyDelete

Blog Archive