Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, July 5, 2013

Kes Isteri di ganggu Anwar - Ada udang sebalik mee?

Kenapa ya......hmmmmm. Tuduhan moral tetapi saman di tarik balik.

---------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar
Datuk Hamzah Zainuddin.
Peguam Anwar, R.Sivarasa dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin,
yang mewakili Hamzah, berkata dalam satu kenyataan bersama hari ini bahawa saman
itu diselesaikan secara baik berdasarkan terma-terma sulit antara kedua belah
pihak.
“Kedua-dua pihak memutuskan bahawa meneruskan tindakan undang-undang adalah
tidak perlu dan tidak produktif dan perlu diingat mengenai senario politik pada
masa ini dan tanggungjawab politik semasa mereka.
Sivarasa berkata sepanjang pengetahuan plaintif, kenyataan yang
dipertikaikan telah tidak diulang dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak
membangkitkan lagi perkara ini.
Anwar memfailkan saman itu terhadap Hamzah pada 22 Ogos, 2008, yang pada
ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendakwa
dia mengeluarkan perkataan fitnah mengenainya yang disiarkan dalam satu artikel
bertajuk "Anwar Mengganggu Isteri Saya" dalam akhbar harian berbahasa Cina,
Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008.
Saman itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah
Tinggi Rosilah Yop.
-- BERNAMA
BHA ZMN MOK NH

No comments:

Post a Comment

Blog Archive