Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, April 8, 2011

Isu AlKitab: Kenyataan Mufti membelasah Putrajaya buktikan Peranan Persatuan Ulamak Malaysia Lumpuh dalam senario politik semasa

  1. Ramai blogger telah sedikit sebanyak mempersoalkan keputusan kerajaan pusat dalam isu menanda tangani tuntuan Persatuan Kristian perihal penahanan Al-Kitab, dan tidak kurang juga menghentam Putrajaya.
  2. Apa yang kita tahu isu ini agak lama. Dalam masa itu yang menjadi kemusykilan, mengapa pihak2 ulamak tidak sendiri mencuba menyelesaikan masaalah ini dengan menghubungi Pihak yang berugama Kristian.
  3. Kita lihat ulamak2 kita lebih utama memberi fatwa bilamana seseorang pemimpin islam itu membuat sesuatu yang dilihat boleh melepas batas Ugama mengikiut tafsiran masing2.
  4. Dan yang menjadi sedih kita mendengar, sebutir sebutir peluru di keluarkan dari hanya beberapa ulamak seperti Harusani dan Mufti Selangor . Peluru itu lebih menghentam dari merapatkan jurang perbezaan persefahaman antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama
  5. Apakah sebenarnya peranan kewujudan Persatuan Ulamak Malaysia? Adakah Persatuan ini hanya untuk mengeluarkan fatwa sahaja?
  6. Saya berpendapat bahawa Persatuan Ulamak mesti mengembangkan peranan mereka, seperti mengwujudkan perhubungan antara ugama agar pihak bukan Islam lebih mengenali isu semasa yang boleh mengugat keharmonian masyarakat disebatkan Ketua Ugama ini tidak faham akan perkara yang sensitif dalam keugamaan. Sebab itu Persatuan Ulamak harus menerangkan sebab2 dengan lebih jelas.
  7. Bukan sahaja Ulamak2 kita boleh mendakwah ketua2 Ugama yang lain pasal Islam, ini juga boleh mengurangkan apa jua ketegangan yang disebabkan oleh salah faham yang remeh.
  8. Bebanan keputusan dalam konteks politik boleh di ringankan sekiranya , Ulamak2 kita dapat memberi keterangan kepada yang bukan Islam perkara2 yang mereka tidak faham dan semoga mereka mendapat hidayah memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive