Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, March 7, 2011

Apakah kesesatan itu ada tahap berbeza-beza di sisi Agama Islam?

Menurut blog Apa, Nama Nur Farahhana kini amat top Di kalangan pengikut Nik Aziz.mungkin Nama Nur Farahhana kini tidak akan lagi digunapakai oleh ramai ahli2 PAS kerana marah terhadap perbandingan yang ekstrim Nik Aziz dengan Ayah Pin .
Persoalan yang ingin saya kemukakan adakah kesesatan itu di gredkan mengikut satu ukuran manusia atau  dari sudut ketauhidan ALLAH.
Kita tahu syrik tidak boleh dimain-mainkan. Tapi ada pula dikalangan kita yang mengkategorikannya mengikut ringan dan berat .
Memperlesenkan tiket ke syurga oleh PAS kepada pengundi di PRK yg lalu, adakah ini boleh dikategorikan dalam mensyirikkan Allah juga kerana secara teknikal ia macam menyamakan seseorang itu dengan kuasa Allah dalam menentukan siapa masuk ke syurga atau tidak.

Jadi, apanya perbezaan sesat dalam Ayah Pin dan sesat oleh sesetengah ulama wali Crocs? Kalaulah ada beza, apa bezanya. Saya tidak pernah diajar sesat yang sekerat sekerat. Apa yang boleh kita pelajari sekiranya ulamak kita tidak berhemah dalam kerjaan mereka, maka inilah akibatnya.

Ulamak sekarang sudah banyak dimaki hamun , dimalukan oleh orang Islam tu sendiri.
Adakah ini tandanya dunia sudah nak kiamat? Atau sebenarnya tiada konsep Ulamak dalam agama Islam?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive