Semasa pelancaran Program tersebut, saya berada di Melaka dan kebetulan lalu dihadapan Dewan Tun Ali, Bukit Katil, kerana semasa itu teringin sangat hendak makan ikan bakar di Pernu malam itu.Jadi disebabkan keinginan untuk mengetahui apa yang akan dihidangkan dalam program Joget 1Malaysia ini, lebih-lebih keadaan sekarang di kampung-kampung kenduri yang disajikan joget dan dondang sayang telah diharamkan oleh jawatankuasa masjid semenjak akhir 80'an.
Yang peliknya yang mengharamkan ini terdiri dari orang-orang tua yang dulu pernah muda dan kaki ronggeng juga.
Tetapi disebabkan telah insaf kononnya, maka banyak kampung-kampung di Melaka, acara ronggeng selepas kenduri kahwin telah di hapuskan.
Dahulu kala selepas kenduri kahwin, malam itu diadakan acara kebudayaan seperti joget, cak lempong, cak kun cak dan juga berdondang sayang selain dari penyanyi seperti Helen Velu (Kereta Lembu) yang mendendangkan lagu pemanas upacara kemuncak yang tersebut diatas.
Semasa ini lah anak-anak muda akan keluar dan mencari pasangan. Acara ini diadakan atas alasan juga untuk sebagai upah anak-anak muda yang telah menolong menjaga penanggah, memasak, melayan tetamu dan juga membasuh pinggan. Kononnya, sesiapa yang tidak menolong tidak diberi peluang untuk menari atas pentas yang akan di dirikan selepas habis majlis kenduri.
Semasa inilah juga akan terdapat ramai pemuda-pemuda dari kampung luar datang mencari kesempatan mendapat hiburan percuma dan tidak kurang juga disebabkan inilah maka sering berlaku pergaduhan antara pemuda luar dan tempatan.
Inilah nostalgia zaman dahulu kala.
Selepas pengharaman oleh ketua adat yang kebetulan pula ramai yang juga AJK masjid maka banyak kenduri kahwin nampak kurang meriah kerana anak-anak muda tidak ada hiburan yang hendak diidamkan selepas habisnya kenduri. Ramai pemuda tidak mahu menolong kerana tidak ada habuan bagi mereka.
Maka acara Joget di Melaka hanya tinggal kenangan dan ditelan sejarah. Sekarang inipun kalau dilihat anak-anak muda tidak tahu bagaimana nak berjoget. Sumbang langkah dan tidak menunjukkan berbudaya Melayu langsung. Tidak macam ikan ke laut, tetapi bagaikan ikan kecil yang dihumban ke laut dalam. Terkedik-kedik macam tarian disko dan hip hop. Ini amat menyedihkan kerana budaya Joget dan Dondang Sayang adalah budaya Melayu turun temurun, lebih-lebih lagi di Melaka.
Kita ingin berterimakasih kepada Melayu di Sarawak , kerana budaya ini masih ada dipraktikkan di sana (dipanggil Bergendang), termasuk berlawan-pantun (bermukun dalam bahasa Sarawak) seperti Dondang Sayang di Melaka.

Jadi apa yang ingin saya nyatakan disini, ialah walaupun Menteri Pelancungan Ng Yen Yen mengesyorkan agar acara joget ini di jadikan produk terbaharu Negeri Melaka mulai 2012, iaitu tahun Melawat Negeri Melaka, kerajaan negeri Melaka harus berunding dengan ketua-ketua adat dan ugama mendapat kepastian akan hukum budaya ini diperingkat kampung kerana benarkah berjoget ini haram?
Kami juga di sajikan dengan persembahan dari artis2 tempatan terdiri dari Black dan Najwa Latif yang memang terbukit ikon-ikon artis muda baru dalam industri hiburan semasa.
Format yang dijalankan dipenghujung program ini amatlah santai dan baik kerana peminat-peminat muda-mudi boleh tampil ke depan untuk mengambil gambar tanpa kawalan ketat keselamatan, dan juga menari bersama artis, walaupun malam itu hujan agak lebat jugak.
Program ini harus dilanjutkan dan mungkin boleh mengelakkan anak-anak muda dari merempit dan melepak. Yang amat ketara adalah kurangnya kujungan kaum bukan Melayu ke acara joget ini, walaupun ada peserta-peserta terdiri dari semua kaum yang mempersembahkan acara-acara kebudayan dari pelbagai kaum.
SBA
No comments:
Post a Comment