Mengupas Kriteria dan Jejenis Winnable Candidate Part 2
Sebut sahaja Sukarno dan Isa Samad, ramai yang tahu mereka ini adalah gulungan pidato yang handal. Masing-masing dengan gaya mereka sendiri. Sukarno, pidato nasiaonalis Indonesia yang amat berapi dalam hujahannya, terutama kali dalam menentang penjajahan dan pembentukan Malaysia.
Tan Sri Isa pula seorang politikus veteran, dan pandai menyulami hujahannya dengan misalan berjenaka spontan yang membuat ramai pendengar tergelak-gelak dan terhibur.
Apakah kuasa oratori atau pidato itu sesuatu yang penting dalam memenangi hati pemilih?
Ramai pula berpendapat bahawa popularity juga adalah satu criteria penting kerana bila membawa satu calun yang kurang popular dikalangan sesuatu demographic pengundi akan tentu membawa impak yang negatif dalam pilihanraya. Begitu juga calun yang popular atas sebab yang salah.
Kelulusan professional juga adalah satu criteria yang dapat menyumbang kemenangan Barisan Nasional, lebih-lebih lagi kalau kawasan itu pernah disandang oleh PAS, yang pada am ramai yang akan menjadi calun kali ini adalah mereka yang tergolong dari kumpulan professional.
Pengundi mahukan wakil mereka seorang yang berjiwa rakyat, mesra dan tidak sombong. Kerana bagi mereka ADUN yang mesra rakyat dan selalu turun ke padang adalah lebih baik kerana pada mereka wakil rakyat mesti lah dari golongan yang sedang didampingi dan bukanlah mereka yang terdiri dari golongan yang mahu mengejar karier politik semata-mata kerana ini membuatkan mereka kurang masa untuk turun ke kawasan dan mendengar rintihan rakyat.
Calun mestilah bukan dari mereka yang dibenci walaupun popular atau dikenali orang ramai.
Calun mestilah mempunyai kekuatan jentera samada dari Bahagian atau dari organisasi yang memperjuangkan inspirasi Barisan Nasional.
goal | Oratory | Popularity | Qualifications | MesraRakyat | Dislike | MachineryFit |
Oratory | 1 | 0.2 | 2 | 0.2 | 0.2 | 0.3333 |
Popularity | 5 | 1 | 5 | 3 | 0.2 | 0.3333 |
Qualifications | 0.5 | 0.2 | 1 | 0.2 | 0.1429 | 0.2 |
MesraRakyat | 5 | 0.3333 | 5 | 1 | 0.2 | 0.2 |
Dislike | 5 | 5 | 7 | 5 | 1 | 7 |
MachineryFit | 3 | 3 | 5 | 5 | 0.1429 | 1 |
Legend: 1 - Equal, 3 - Moderate, 5 - Strong, 7 - V Strong, 9 – Extreme (Dibaca dari kiri ke kanan – Populariti itu lagi kuat(5) penting dari Qualifications
Matrix Bandingan Kriteria Calun Menang DUN Bukit Antarabangsa
No comments:
Post a Comment