Dipetik dari blog Darul Ehsan.
Sila lihat komen yang pertama. Masuk akai gak. Mana boleh bawak babi naik perahu ini kan pula bawa naik kapal selam takut tak boleh timbul atau seorang mesti mati punya.
____________________________________________
Isu berkaitan aset pertahanan negara tidak sepatutnya dijadikan debat secara terbuka oleh mana-mana pihak terutama pembangkang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Negara lain pun ada masalah itu juga. Boleh persoal harga atau spesifikasi aset itu tetapi jangan pertikaikan kemampuan aset negara dalam mempertahankan negara," katanya pada jamuan tengah hari bersama media yang membuat liputan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11), di Langkawi hari ini.
Untuk itu, katanya, beliau akan terus mempelawa anggota pembangkang yang mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara untuk melihat sendiri kemampuan aset pertahanan tersebut, sekaligus menyanggah tohmahan yang dibuat mereka.
"Siapa yang cakap banyak, mereka yang pertama akan dijemput. Seperti kapal selam, ahli politik sebenarnya tidak boleh menaikinya tetapi bagi membersihkan nama baik ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bahawa aset pertahanan negara boleh digunakan, saya terpaksa buat pengecualian," katanya.
"Bagi Tony Pua (Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara) kita akan jemput dia naik kapal selam dari Langkawi ke Teluk Sepanggar yang makan masa tiga hari tiga malam. Biar dia tahu susah naik kapal selam. Dia yang paling bising, paling banyak cakap," katanya. sumber: malaysiakini
Dari Sini.
No comments:
Post a Comment