Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, December 28, 2011

Ada Persamaan case Amin Suhaimi dan Sharizat? Pemenang Roti bukan Suami

Hari ini suratkhabar THE STRAITS TIMES Singapura (m.s. A11) memuatkan kes rasuah Suami bekas CEO Iskandar, Arlida, yang meminta 'komisyen' untuk mempengaruhi projek sekolah diberi kepada sebuah syarikat.
Adakah ini kes si isteri tidak tahu apa si suami buat? Perlukah sang isteri tahu yang suami juga beranggan2 ingin menjadi kaya dan seterusnya kahwin lagi satu, dua atau tiga bila kaya raya.

Apakah perlu disalahkan Ibu yang mengandung kalau anak mendapat gaji RM40,000 seorang?Atau kah celakanya Ayah yang mengandungkan ibu. Apakah si isteri juga mangsa sisuami?

Apa yang diberitahu oleh seorang teman yang saya interbiu semasa di Singapura, si isteri telah dinasihatkah untuk tinggalkan suami yang didapati telah mempergunakan kedudukan sang si isteri untuk kerja2 yang tidak disenangi segelintir pengurusan bawahan kerana ada pokok buluh yang bergoyang di Sempadan Sungai Buuh, sebuah kawasan di Singapura bersempadan dengan Iskandar. Nampaknya nama Sungai Buluh boleh membaukan skandal suami yang menggunakan kedudukan isteri. Adakah ini akan mejadi trend akan datang kerana memang kita tahu bahawa sekarang Mahasiswa wanita telah melebihi mahasiswa lelaki sejak kebelakangan ini , jadi tidak mustahil kalau kes 2 rasuah akan berlaku bukan Si Isteri, KSU atau CEO tetapi si suami yang mungkin kerjaya tidak seberapa dengan si isteri sebagai pemenang roti atau 'breadwinner'.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive