Dalam kerakusan untuk berkuasa, Zuraida dan kuncu2 nya telah berpusing sekeliling Ampang membawa manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang.
Ramai yang tergelak besar dengan beberapa janji-janji politik yang digerenti tidak akan dapat mereka dilaksanakan kerana mereka ini tidak mengkaji impak dan proses implementasi tiap-tiap manifesto.
Umpamanya, Pakatan Rakyat ingin menghapuskan TOL. Kebetulan semasa, beliau pusing meja ke meja di CravenCafe Bukit Antarabangsa ada seorang teman saya yang kebetulan pernah bekerja dalam industri pengetolan. Dengan secara spontan beliau menyebut perkataan "Bodoh" , apabila beliau membaca manifesto jingga (bunyi macam jinggle bell aje). Apa tidaknya, menurut beliau, seramai 99% pekerja-pekerja yang terbabit dalam industri lebuhraya tol adalah Melayu.
Industri Tol ini dapat dikuasai oleh orang Melayu semasa zaman pembinaan PLUS dalam tahun 80'an.
Kerana kerajaan tahu ini adalah satu peluang untuk orang2 Melayu berniaga dalam satu industri yang baru, termasuk dalam pembangunan sistem, maka tentangan dan saingan dari bangsa asing secara politikal akan berkurangan. Lebih2 lagi kerajaan dapat memajukan program penyelidikan dan pembangunan dalam sistem elektronik, seperti TouchNGo oleh rangkaian segar dan tol berkaedah Infrared oleh Teras Technologies dan Hopetech yang kini satu pemain global di rantau Asia Tenggara dan India. Kesemua ini diterajui oleh anak2 Melayu.
Jadi soalan nya mengapa pakatan rakyat gatal sangat nak tarik balik lesen tol, walhal ramai yang akan hilang kerja dan peluang peniaga Melayu dan Bumiputera untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem bertol adalah cara yang diguna pakai di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment