Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, January 28, 2011

PRK Tenang ; Debat Wawancara Antara Cikgu Mala dengan Tok Ai...VERSI SIAMANGBUKIT

Di bawah ini merupakan hasil wawancara MStar Online ke atas kedua-dua calon di PRK Tenang iaitu Cikgu Mala dan Tok Ai.. Kepada keduanya ditanyakan soalan2 yang sama..




mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?



Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.



Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.



Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Walaupun Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan sejak hanya 6 bulan, dan Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat, nampak sangat Cikgu Mala ini riak berhubung rambang dengan masyarakat termasuk yang bukan muhrim.



Pemenang : Tok Ai




Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?



Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.



Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.



Ulasan : Tok Ai pandai berkaraoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu nasyid



Pemenang : Tok Ai, sebab dia pandai menyanyi tapi Cikgu Mala tahu dengar aje dan tidak ada bakat dan tidak kreatif





Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?



Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.



Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.



Ulasan : Tok Ai suka wayang sedangkan Cikgu Mala sibuk sangat, jadi manakan ada masa bila dia jadi wakil rakyat.


Pemenang : Tok Ai




mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?



Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.



Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.



Pemenang : To k Ai kerana dia sebagai orang Johor yang sentiasa beragama tetapi masih dapat membaca ilmu dan padangan dunia luar. beliau tidak terkonkong dalam satu tempurong





mStar: Makanan kesukaan anda?



Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.



Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.



Pemenang : Tok Ai kerana Cikgu Mala kaki stim





mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?



Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.



Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.



Ulasan : Tok Ai suka melancong dan sentiasa luas kan pandangan. tapi Cikgu Mala bohong kerana kalau tidor 3 jam sahaja tentu dia ni cepat jatuh sakit dan boleh mati. Kena ada PRK lagi sekali. Ish ish buat ape bertanding?


Pemenang : Tok Ai kerana beliau banyak masa untuk rakyat.




mStar: Sukan apa yang anda gemari?



Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.



Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.



Ulasan : Golf permainan untuk orang yang pandai networking. Ini adalah satu kelebihan wakil rakyat kerana dapat bersama dengan AJK masjid yang kebanyakkan suka main golf.


Pemenang : To Ai





mStar: Bahasa yang anda kuasai?



Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.



Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.



Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa. Walaubagaimanapun jelas beliau tidak faham bahasa, kerana sekarang istilah digunakan adalah Bahasa Melayu.



Pemenang : Tok Ai




Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?



Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.



Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.



Ulasan : Tok Ai sanggup digelar demikian maknanya dia seorang yang rendah diri dan sporting , sedangkan cikgu adalah gelaran untuk cikgu sedangkan dia bukan cikgu lagi



Pemenang : Tok Ai





mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?



Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura -kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.



Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.



Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura adalah satu binatang yang bijak dan sentiasa berusaha walaupun jalannya sejengkal tapi dapat mengalahkan arnab.(Ingat tahun ini tahun arnab)


Pemenang : Seri




mStar: Siapakah idola anda?



Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.



Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.



Ulasan : Nampaknya Cikgu Mala ini riak dan dia tidak faham soalan-soalan ini. Soalan ini bermaksud selain dari Nabi Muhammad, jawapan ini jawapan standard. Nabi Muhammad  S.A.W adalah idola semua orang Islam, dah standard tak payah nak sebut dah.


Pemenang : Cikgu Mala (2 kali kalah dalam untuk soalan ni)





Mstar: Pelakon yang anda sukai?



Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.



Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.



Ulasan : Walaupun Tok Ai suka pelakun luar, nampaknya Cikgu Mala ini masih tidak dapat meluaskan horizon pemikirannya.


Pemenang : Seri




mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?



Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.



Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.



Pemenang : Seri





mStar: Perkara yang anda tidak sukai tentang Malaysia?



Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.



Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.



Ulasan : Jawapan Cikgu Mala tepat sebagai ahli politik pembangkang yang sentiasa tidak faham apa ertinya demokrasi monarki perlembagaan, jawapan Tok Ai sungguh tepat sebagai wakil rakyat yang sentiasa mengambil berat tentang sopan santun masyarakat disemua peringkat.


Pemenang : Tok Ai



JELAS PEMENANGNYA ADALAH : TOK AI. UNDILAH TOK AI DAN BARISAN NASIONAL




Sumber :





Wawancara MStar Online dengan Tok Ai

Wawancara MStar Online dengan Cikgu Mala

2 comments:

  1. After the independence of Persekutuan Tanah Melayu or Malaya, the Malays thought that appointed Malay leaders through UMNO would fight for their rights and enhance the economies.

    However due the limitations of their thoughts processes it was never successful. It is too much to expect Tunku Abd Rahman to come out with a blueprint within a decade. Tunku had done his part in driving the English out. This itself is a mighty feat.

    But the danger of chinese and indians supremacy could not be contained and this exploded in 1969 when DAP thought that with the British out of the way, they and other ex communists race, now let out from their Chinese new villages can gain control of Malaya. A state of emergency was declared again.

    Mahathir was given the chance but he too had his limitations letting the Chinese monopolised the sugar trade for Kuok who now gather a staggering 40 billion assets equal to what the whole Malay owned PNB.

    Under Mahahtir too he conspired to let Ananda Krishnan amast 40 billion, Vincent Tan 10 billion through organised and license gamblin, Lim Goh Tong 20 billion through licensed monopoly casino. All these are openly available through Forbes and these are just the top 10 richest men in Malaysia.
    The Malays call Mahathir Tokeh Judi terbesar! The head of the biggest organised gambling in Malaysia as most countries made casinos and gamblin illegal.

    The Chinese corruption of Malays leaders and head of department continuese with the illegal award of WIMAX frequencies against the Federal Constitution by Lim Keng Yaik and now the 4G by Rais Yatim himself and the SKMM.

    Thus it is left to Malays NGOs like
    PERKASA to uphold and fight for the Federal Constitution of the Federated Malay States to ensure the rightful rights of the Malays and Sultanates remain intact.

    The action plan is
    1. to curb Chinese monopoly in natural resources which are against the Federal Constituiton
    2. to curb organised gambling leaders like MCA and Vincent Tan and Ananda Krsihnan from buying over Malay leaders with Yacht or Pavarotti concerts.
    3. transfer the ownership of frequencies to National Cooperatives so that the maximum spread of wealth is achieved.
    4. Ensure the policies to attain equal wealth distribution so that only 30% goes to Chinese and Indians interest.
    5. Nationalise Astro,and Measat from Ananda which was given out unconstitutionally.
    6. Form a Royal Commission to bring to justice Malay leaders who connived with the Chinese to defraud the Malays and act against the Federal Constitution.

    Nampaknya Tok Ai ni gemuk mcm Ketua Pemuda korup yang lain. Mat cepatla..

    ReplyDelete
  2. Perkasa bagus secara dasar. Tapi ia mengamalkan sistem feudal.
    Pucuk pimpinan x Di pilih secara demokrasi

    ReplyDelete

Blog Archive