Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Friday, December 3, 2010

113 ahli UMNO di Ampang keluar parti - Betul ke cerita ini?

Dari blog : http://suaraampangputeri.blogspot.com/

Mengikut Sumber yang Puteri terima, seramai 113 ahli UMNO di Ampang keluar parti sertai PKR.


Berikut adalah wawancara yang Puteri sempat bertemu selepas bertugas di Ampang Puteri dua hari lalu.

Soalan yang mudah telah saya tujukan kepada mereka2 dibawah ini:

"Kenapa keluar parti sedangkan PM kata rakyat kini telah kembali kepada BN?"

Ali (43 tahun) : "Sebagai penyokong setia UMNO selama 12 tahun, saya kekadang rasa diri saya tidak lagi di perlukan lagi. Jadi, demi kerjaya politik saya, baik saya lompat keluar dulu.Manalah tahu kalau ada rezeki, cikgu Bard keluar PKR dan masuk UMNO; dan saya boleh jadi orang kuat dia dan masuk balik kepada UMNO. Nampaknya sekarang pucuk pimpinan UMNO sekarang lebih suka bekas Ahli Pembangkang.

Syukur (35 tahun): "Betul tu bang. Saya pun rasa sekarang ini kera lebih dapat susu. Lepas tu dahlah susu lembu, sapi pulak dapat nama. Mana boleh tahan bang."

Siapa agaknye kera itu



Siti (45 tahun): "Tahu tak pe. Kekadang bila nak buat program dah lah kita susah gembeling tenaga. Nak dapat peruntukan pun susah. Tup-tup orang lain senang2 aje dapat dana nak buat program. Mentang2lah kita ini orang bawah sangat. Akar Umbi lah katakan. Orang yang lebih dekat dengan PM senang2 dapat songlap peruntukan. Gah sana, gah sini. Demo sana demo sini. Puteri, fikir lah sendiri.Kalau dah jauh sangat siapa nak jenguk tolong kami buat program. "

Nota tambahan sila lihat http://siamangbukit.blogspot.com/2011/02/dari-katil-sakit-ampang-putericerita.html untuk kesudahan kisah ini.

3 comments:

  1. Itu lah kita katakan orang Melayu ne... kerja sikit dah nak habuan.... bila tak dapat becok macam ayam tercabut ekor... Kerja dibuat tak ikhlas ....

    ReplyDelete
  2. sampah2 yang x boleh di'recycle' elok lah dibuang..,buat menyemak kawasan je...! pernyataan seperti di atas menunjukkan sikap Melayu lupa diri..,itu yang nyata belum lagi yang tersembunyi..

    ReplyDelete
  3. masuk UMNO ,hendak habuan ,belajarlah membantu kuatkan parti,banyak dah UMNO ,buat bantu rakyat,kejayaan di bawah di UMNO,telah terbokti sejak merdeka hingga ke hari ini,orang melayu boleh dikatakan berjaya dalam pendidikan,harga yg ternilai yg dilakukan oleh UMNO,berfikirlah....

    ReplyDelete

Blog Archive