Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, December 16, 2010

Pakatan pembangkang cadang ambil tindakan mahkamah untuk memlengahkan kes Anwar

Ini tak lain tidak bukan hanya untuk memperlengahkan prosess mahkamah dalam kes Anwar vs Saiful - SBA

Pakatan pembangkang cadang ambil tindakan mahkamah


16/12/2010 3:32pm

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Pakatan pembangkang bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.



Ahli Parlimen Bukit Gelugor (DAP), Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan itu.





"Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri….? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.

"Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel. - Bernama

______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Blog Archive