Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, December 20, 2010

Pernah ku katakan tiada pilihan lain tapi Nuklear ...Soalannya dimana?

Sudah teman kaborkan tempoh hari, bahawa Malaysia tidak akan dapat lari dari penjanaan kuasa nuklear.
Pengikut kajian di http://maskesumasari.blogspot.com/ tempuh hari, berikut adalah ranking penjanaan kuasa mengikut model Manfaat-Peluang-Kos-Risiko (Benefits-Opportunities-Costs-Risks):
  1. Nuklear
  2. Haidro
  3. Fossil
  4. Thermal
  5. Solar
  6. Angin
Ini amat selari dengan kenyataan Peter Chin semalam (TheSun 20/12/2010). Yang amat menarik, ialah keupayaan Thermal sebagai satu calun teknologi masa akan datang, dimana Thermal adalah berdasar kepanasan yang sentiasa ada didalam kerak bumi . Bukti konsep (Proof of Concept) pernah dilaksanakan di Eropah dan Amerika Syarikat. Pernah satu masa dulu, teknologi ini cuba di laksanakan di sebuah kelab bernama Raintree.

Kita akur dengan keputusan kerajaan, tapi di manakah tapak loji itu? Kita boleh kata tidak mungkin loji nuklear akan di lakukan di Sarawak. Nak jalankan Bakun pun susah.

Jadi nampaknya, loji Nuklear akan hanya terletak di Semenanjung sahaja ke? Adalah tidak munasabah kalau loji ini di tempatkan di Semenanjung sahaja.

Teman rasa Sabah yang banyak pesisiran pantainya (dan awek2nye yang cun melecun) akan menjadi satu kuasa nuklear dalam 10-15 tahun lagi.

Loji nuklear memerlukan akses pada air yang murah dan infrastruktur yang sederhana. Jadi kawasan ini mesti berada di pesisir pantai atau pulau yang saiznya cukup untuk menampung penghuni seramai 4-6 ribu orang. Apapun tapak loji mesti lah jauh dari kawasan yang padat penduduk. Dari segi politik, kawasan Pakatan Pembangkang akan dikecualikan. Jadi yang ditolak ialah:
  1. Selangor (Yahoo!!)
  2. Kelantan
  3. Pulau Pinang
  4. Kedah
  5. Melaka (terlalu kecil, tapi kalau cencaluk radioaktif mungkin buat orang Melaka lagi kuat)
  6. Sarawak
  7. Perlis (Terlalu Kecil)
  8. Wilayah Persekutuan (Padat dan kecil)
Yang tinggal ialah:
  1. Terengganu
  2. Negeri Sembilan
  3. Johor
  4. Sabah
  5. Pahang
  6. Perak (Politik tak stabil, takut Nizar jadi lagi gila!)
Kita perlu membuat kajian lebih mendalam. Tapi teman fikir, walaupun Iskandar Johor tapak yang lebih sesuai kerana dekat dengan Singapura (kerana bila meletuppun sekurang-kurangnya Singapura pun akan lingkup jugak), Pahang dan Sabah adalah negeri yang mungkin kita lihat menjadi dua negeri Malaysia berkuasa nuklear.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive