Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, February 4, 2009

Nasruddin bakal MB baru PERAK

Ngape Nasruddin balik melompat tergolek2.
Adeke kerane die nak jadi Menteri Besor.
Ini tidak mustahil kerana beliau dengor seorang yang banyak pengalaman jugak.

Lompat sikatak lompat
Lompat la tinggi-tinggi
Cepat siADUN lompat
Cepat nanti menjadi menteri.

You jump, I jump

Teringat teman kisah cerita Titanic semasa DiCaprio bersama Winslette di atas kapal yang malang itu. Semasa itu Kate sedang hendak membunuh diri. Jadi si hero DiCaprio pun cakap. "Kau lompat, aku lompat". Tapi kali ini diPerak berbeza pulak. Satu lompat tiga lagi lompat. Dan yang seorang itu tengok orang lain lompat, diapun sommersault lompat terbalik ketempat asal. Ape ke he. Teman ini tengok ingat beruk je boleh lompat. Ini Nasaruddin lagi hebat boleh buat u-turn dengor nye.

Saturday, January 31, 2009

Kisah Kera di hutan disusukan Anak sendiri mati kelaparan

Walaupun teman bersaudara dengan kera, tapi tak sanggup pula dengar cerita begini.

Dengar2 sejak PKR menguasai di Ampang ini. Banyak projek2 di Bukit Antarabangsa ini beri kepada orang PKR di Shah Alam. Walhal orang 2 PKR ini memang telah tahu hanya PKR cari makan saje.

Teman terjumpa pula seorang rakan PKR dan pula bercerita tentang beza nya dulu kala semasa pemerintahan Ketuanan Melayu di Ampang ini, sebusuk2nya orang UMNO, projek ke akar umbi sampai jugak. Zaman Parti Kencing Rakyat, habuk pun taruk.

Budak2 PKR ini memang ada yang kuat berkerja tapi nampak nya Zuraidah masih mengikut perangai lama pemimpin Melayunya.
Bila datang lebih suka membawa rombongan-rombongan tapi ada beza sikit. Dahulu warna kuning langsat, zaman Zuraidah warnanya bertompok lebat manggis.

Ada pula yang mengeluh, PKR ini lebih membela hak 2 orang India dan China, walhal orang-orang Melayu yang GDP nya jauh lebih rendah dari kaum India dan China di ketepikan. Kononnya, keadilan untuk semua Bangsa. Sejak bila ada orang India dan China melaungkan mempertahankan "Hak Istimewa orang Melayu". Nak hapuskan perlembagaan perihal staus istimewa adalah.

Ibarat Kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

YB Melayu di Ampang berjuang untuk keadilan semua bangsa; walhal Menteri Besar defacto pula datang berapa hari kemudian membawa 'kontraktor' bangsa tertentu untuk mengenal pasti dimana yang boleh sikontraktor dapat membuat proposal kepada kerajaan Negeri Selangor.

Selamat Tinggal Kapitano Zahar dan Nasruddin

Siamang kembali lagi. Teman pergi England belajor cakap Inggeris. Terperanjat bebenor si Nasruddin dari Bote keluar dari UMNO dan masuk PKR. Bagi teman ini walaupun ini adalah satu kehilangan bagi UMNO, tapi ia ada hikmahnya sebaliknya. Ini buktikan Nasruddin ini tidak ikhlas memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Dia lebih pentingkan kerjaya politik hingga sanggup menjual maruah dan menjadi Baruah Bangsa Asing. Teman tabik si Ibrahim Ali. Walaupun tidak bukan orang UMNO, dia masih ada maruah dengan tidak memperjualkan dirinya kepada BBChina. TABIK HORMAT YB Ibrahim Ali.
Dan dengan si Zahar ini, dengar2 di adalah juga seorang berkepentingan dalam bidaan Helipkopter. Kalau benor di kato, maka 'bagus'lah dia masuk Parti Ajaran Sesat yang suka merasuahkan ahli-ahli nya dengan kononnya dapat pahala ke Syurga. Tidak tahu kah Kapitan Zahar bahawa pahala itu adalah hak pemberian Allah semata-mata. Bukan kah kita Manusia tidak ada hak untuk menentukan mana pahala dan mana tidak melainkan yang telah tertulis didalam Kitab Allah.
To these 2 people, UMNO is better off without them. You have burnt the bridges and do not ever think of coming back to UMNO.

Wednesday, September 10, 2008

Akta Hasutan

Perkara-perkara yang dianggap menghasut termasuk:
1. Mempertikaikan kewujudan Social Contract sepertimana di lakukan oleh ahli-ahli DAP dan diiyakan oleh Brother Anwar Bin Ibrahim.
2. Tidak mengikhtirafkan wujudnya sebuah kawasan yang bernama TANAH MELAYU dan hanya kemudian dinamakan SEMENANJUNG MALAYSIA
3.Mempertikaikan kegunaan Perkatatan itu dalam KTM-Keretapi Tanah Melayu
4.Mengatakan bahawa Melayu ini jugapendatang dan berasal dari Yunan. Ini adalah bahasa sama yang digunakan oleh immigran-immigran dari benua Eropah di Australia dan Amerika Syarikat dalam penindasan secara sistematik keatas Penduduk Asli di Australia and AS.
5.Mempersoalkan kedudukan orang Islam sebagai yang layak menjadi Menteri Besar dan Perdana Menteri
6. Mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru atau apa2 dasar yang bertujuan menolong Bumiputera
7.Melaga2kan Bumiputera dengan kaum Bumiputera yang lain
8.Mempersoal dan menghina kedudukan Islam sebagai ugama resmi Negara Malaysia

Blog Archive