Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, November 11, 2015

Dulu UMNO kafir kini Amanah .....Penjelasan hukum kafir ....Astora mengganas

Ini satu lakaran oleh Astora, (bukan Astro ) Jabat yang sudah lama tidak menulis blog mungkin kerana beliau sibuk dengan politik Melayu di Selatan Thai..
Tulisan beliau ada kala kontroversi namun kalau di amarkan ada nukilannya yang boleh masuk akal.

-------------------------------------------------
UMNO nampaknya terlepas daripada politik pengkafiran dicap sebagai kafir, syirik dan jahiliah oleh para pemimpin Pas yang bergelar ulama dan tuan guru selepas parti berlabel Islam itu membuat keputusan untuk bekerjasama dengan parti terbesar orang Melayu itu.
Bagaimanapun, politik pengkafiran masih tidak terhapus daripada Pas juga, tetapi ia hanya beralih arah dan ditujukan pula kepada parti serpihannya, iaitu Parti Amanah Negara.

Pengerusi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan, lapor akhbar Mstar, 9 November 2015.


----------------------------------
Layar ke blog Astora Jabat untuk selanjutnya...Disini.

 

1 comment:

  1. "Pengerusi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan."

    Gesaan yang murni bermula sedari awal dan bukan sesudah sesuatu seumpama nasi jadi bubur. Gesaan yang seimbang ialah sebelum sesuatu terkena batang hidung sendiri dan bukan sesudah itu.

    ReplyDelete

Blog Archive