Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Wednesday, April 10, 2013

Aiseyman PM, Nama calun BN di tunda lagi....dan lagi..dan lagi

Aiseyman, gua sudah tempah bilik nak celebrate nama gua turun ke bahagian.
Gua sudah siap bagi tahu Ambulance untuk standby bagi mereka yang terperanjat berok nanti dan sesak napas.

Sumber: http://peraktoday.com/?p=113737
Penentuan senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (BN) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, proses terakhir dalam persediaan pilihan raya iaitu penentuan pembahagian kerusi dan calon adalah perkara yang kompleks serta perlu diberi penelitian serius sebelum pengumuman rasmi dibuat.
“Saya telah ambil kesempatan untuk menerangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam proses tersebut supaya mereka (pimpinan tertinggi BN) faham proses tersebut merupakan proses yang kompleks dan rumit.
“Tidak mungkin parti dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu. Oleh itu, amat penting bagi kita sebagai anggota parti untuk memahami hakikat ini.
“Kita terpaksa ambil pertimbangan secara keseluruhan sebab kita ada pelbagai parti komponen, yakni kita ada parti-parti utama, wanita, pemuda dan puteri yang masing-masing ada kehendaknya,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas bersama lebih 2,000 pimpinan tertinggi BN melibatkan 220 parlimen.
Jelas beliau, pembahagian kerusi masih lagi berdasarkan acuan pilihan raya 2008 tetapi terdapat sedikit penyesuaian kerusi yang akan dilakukan di beberapa kawasan.
-mStar

No comments:

Post a Comment

Blog Archive