Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Thursday, May 9, 2013

Ketelusan Tempat Mengundi: Untuk Pengikut Anwar Ibrahim yang bercakap melalui dubur


Berdialog dengan Cina bandar (Siri 1)

Petang tadi Elly pergi ke kedai alat tulis yang juga menjual pakaian sekolah yang dimiliki oleh seorang wanita Cina. Wanita Cina ini amat mengenali Elly kerana kerap juga ke sana membeli keperluan sekolah anak Elly yg di Tahun 1 itu. Hari ini Elly ke kedainya untuk membeli Staedle...r Luna pencil colors dan whiteboard pen. Oleh kerana tiada customer lain dia ajak Elly bersembang dengannya. Dia mengulas keputusan PRU13 dan dalam masa sama membangkitkan banyak isu pilihan raya dan juga pemerintahan BN di Malaysia termasuk unfair treatments terhadap kaum Cina di Malaysia ini.

Elly kemukakan dua isu yang ringan dulu untuk maklumat semua.

1. ISU PERTAMA - UNDELIBLE INK YANG MUDAH TANGGAL DAN PENGUNDI BOLEH MENGUNDI SEKALI LAGI.

Cina bandar ini komplen berjuta ringgit wang mereka (kita punya luit) digunakan untuk membeli 'Indelible Ink' yang mudah tanggal. Dia tunjukkan index finger tangan kirinya kepada Elly yg menunjukkan terdapat kesan dakwat lagi di celah kuku jari indexnya walaupun kesan dakwat di atas kulit ruas atas, kuku, dan kulit bawah ruas jari telah hilang.

Elly bernasib baik kerana pertama kalinya menjadi Ketua Tempat Mengundi (KTM) pada PRU13 semalam dan ini jawapan Elly.

Jika itu dakwat dari jari lu sudah tarak nampak bolehkah lu pergi undi satu kali lagi? Dia jawab dia mungkin boleh.

Elly beritahu dia (dan juga kepada yang naif mengenai proses pilihanraya) apabila dia berjumpa Kerani Mengundi (KM) pertama saja setelah disahkan dengan Daftar Pemilih (DP) yg dia ialah adalah pengundi yang sah di Saluran Undi (Stream) itu, KM 1 berkenaan sambil membuat garisan di ruang kosong antara Bil. dan No. KP di DP (sebagai mengesahkan pengundi telah mengundi) meneriakkan Bil., No. KP dan juga nama pengundi berkenaan dengan kuat supaya dapat didengar oleh 3 orang Ejen2 Calon yang duduk mengadap peti undi itu. Ejen2 Calon pun turut menandakan dengan memotong nama pengundi berkenaan di DP salinan mereka. Elly lihat Ejen2 Calon ini juga mencatatkan bilangan atau jumlah pengundi yg telah datang mengundi.

Andainya, seorang pengundi itu di sebelah paginya telahpun mengundi dan setelah (katakan) kesan dakwat kekal itu hilang 100% pergi semula ke Saluran Undi sama cuba untuk mengundi semula, orang yang pertama akan protes ialah Ejen2 Calon sendiri kerana rekod mereka menunjukkan pengundi berkenaan cuba menipu dan boleh ditangkap polis (jika KTM melaporkan kepada Polis) kerana cuba menipu di bawah undang2 pilihanraya Malaysia.

2. ISU KEDUA - PENIPUAN UNDI SETELAH 'BLACKOUT' DI TEMPAT PENJUMLAHAN UNDI.

Cina bandar ini (dan manusia naif yang lain) kata Kerajaan (BN) menipu manipulasi undi di Tempat Penjumlahan Undi apabila berlaku blackout di suatu tempat.

Elly tanya dia di mana berlaku blackout itu. Dia tak dapat jawab. Elly pun tidak tahu di mana berlaku kerana hari ini semua surat khabar 'Sold Out' di sebelah pagi lagi dan Elly tiada maklumat.

Jawapan Elly kepada Cina bandar dan Melayu lain yang suka bangkang tidak bertempat: Selepas selesai pengundian tepat jam 5.00 ptg, maka proses pengiraan undi dijalankan tepat jam 5.30 ptg. Di antara tempoh 5.00 - 5.30 ptg itu Elly isikan BORANG 13 SPR iaitu "PENYATA KERTAS UNDI" yang menunjukkan No. Siri dan Jumlah Kertas Undi Diterima oleh saluran (Stream) Elly, No. Siri dan Jumlah Kertas Undi Yang Dikeluarkan Kepada Pengundi dan juga Bilangan Kertas Undi Yang Tidak Digunakan. Borang 13 ini disikan berasingan untuk Parlimen dan DUN,

Elly kemukakan Borang 13 ini kepada 3 orang Ejen2 Calon dan setelah meneliti dan membandingkan dengan rekod mereka bilangan pengundi yang hadir, mereka menurunkan nama mereka, No KP, parti yang diwakili dan juga tandatangan mereka di ruangan yang disediakan di Borang 13 itu.

Peti Undi yang telah dimeteraikan (sealed) sebelumnya itu dibuka tepat jam 5.30 ptg. dengan disaksikan oleh 3 orang Ejen-ejen Mengira Undi lantikan calon-calon. Proses mengira undi ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan bilangan pengundinya mendekati jumlah 500 pengundi.

Setelah selesai pengiraan undi dan telah ditentukan bilangan undi yang diperolehi oleh calon2 berkenaan, Elly isikan pula BORANG 14 iaitu PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENGIRAAN UNDI yang menunjukkan Nama Calon, Parti yang diwakili dan juga jumlah/bilangan undi yang diperolehi oleh calon2 berkenaan (dan termasuk juga kertas undi yang ditolak)

Borang 14 ini Elly serahkan kepada Ejen2 Mengira Undi dan setelah berpuashati dan bersetuju dengan data dalam Borang 14 itu mereka menurunkan Nama, No. KP, Parti diwakili dan juga tandatangan mereka di ruangan yg disediakan di Borang 14 itu sebagai tanda persetujuan dan keputusan undi ini dicatatkan juga oleh mereka.

Borang 13 masukkan dalam sampul dikhaskan untuknya kemudian dimeteraikan dengan tandangan ejen2 calon. Begitu juga Borang 14 pun dimasukkan dalam sampul yg dikhaskan untuknya dan dimeteraikan dengan tandatangan oleh ejen2 calon. Kedua-dua sampul Borang 13 dan Borang 14 ini mesti diserah dengan tangan kepada Returning Officer di Tempat Penjumlahan Undi manakala kertas2 undi sama ada belum digunakan, telah digunakan termasuk kertas undi yg ditolak dimasukkan semula ke dalam peti undi DUN atau Parlimen masing2 bersama-sama segala perlatan mengundi lain spt alat tulis, borang2 lain, rubber stamp, indelible ink dsb. Kedua-dua peti undi DUN dan Parlimen dimeteraikan semula dan ejen2 calon ini menandatangan di atas pelekat seal berkenaan. Peti2 undi ini kemudian dimasukkan ke dalam beg kuning untuk DUN dan parlimen untuk diserahkan semula kepada Tempat pengumpulan Undi.

Masa di antara maklumat di Borang 14 ditandatangani oleh ejen2 calon dan masa peti undi dimeteraikan semula diambil peluang oleh ejen2 calon untuk mengrelay atau menghantar maklumat keputusan pengundian di saluran dan tempat pengundian kepada tempat pengumpulan undi calon berkenaan. Jadi, calon yang bertanding akan mengetahui telebih dahulu sama ada dia menang atau kalah dari maklumat2 yg diterima dan dikumpulkan dari ejen2nya dari semua saluran tempat mengundi dalam kawasan pilihanrayanya.

Bila tiba di Pusat Pengumpulan Undi satu jam kemudian dan sedang beratur untuk menyerahkan Sampul2 Surat Borang 13 dan Borang 14 serta peti2 undi, Elly terlihat calon2 yg menang di saluran Elly dengan isteri masing2 begitu gembira sekali di Tempat pengumpulan Undi.

Jadi, hanya calon yang sudah diketahui menang sahaja tetapi belum disahkan secara rasmi oleh Returning Officer sahaja yang pergi ke Tempat Pengumpulan Undi, dan yang calon kalah tidak nampak muka mereka di sana.

Tidak timbul penipuan pengundian di Pusat Pengumpulan Undi. Hanya fitnah dari pihak yang ingin berkuasa lagi dan pengikut2 totok mereka.

Nota: Jika nk komen biarlah relevan kepada isu di atas, jika tidak Elly akan delete termasuk juga link tanpa komen.
FB: Elly Nina Ahmad

No comments:

Post a Comment

Blog Archive