Peristiwa ini berlaku pada pukul 7.05 petang. Pelajar yang naik LRT untuk pulang mengambil masa lebih kurang 15 minit selepas 6.45 selepas waktu sekolah .
KUALA LUMPUR 7 Mei - Sekurang-kurangnya lapan buah kereta milik orang awam tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta di Bukit Nanas, Jalan Ampang di sini malam ini.
Kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 7 malam di hadapan Stesen LRT Dang Wangi itu berlaku akibat hujan lebat tanpa henti sejak petang ini.
Difahamkan, runtuhan melibatkan tanah dari ketinggian 24 meter sepanjang kira-kira 100 meter di kawasan tempat letak kereta milik Metro Parking yang mengenakan bayaran RM5 setiap kali masuk.
Seorang jurutera, M. Logeswaran, 28, pemilik kereta Honda City antara yang tertimbus dalam kejadian itu berkata, dia menyedari kenderaannya turut terlibat kira-kira pukul 7.45 malam ketika hendak pulang ke rumah.
"Saya bekerja di bangunan yang terletak di hadapan tempat letak kereta itu dan meletak kereta saya di situ pagi ini.
"Sebaik sahaja hendak pulang, saya terkejut melihat bahagian depan kereta telah ditimbus tanah. Saya cuba membawa keluar kenderaan itu tapi gagal kerana tayarnya terlekat dalam tanah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, tidak lama kemudian, dia mendapati kenderaan yang baru dua bulan dibelinya itu hampir tertimbus sepenuhnya.
Difahamkan, antara kenderaan yang terlibat adalah jenis Kia Rio yang baru tiga bulan dipakai, sebuah Proton Saga dan Perodua Viva.
Sementara itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian tanah runtuh itu melibatkan sembilan buah kenderaan namun salah sebuah daripadanya hanya terkena pokok tumbang dan telah dialihkan pemiliknya.
"Hujan lebat masih berterusan dan pihak kami belum dapat masuk ke dalam kawasan kejadian kerana bimbang berlaku runtuhan baru.
"Berikutan kejadian ini laluan berdekatan termasuk jejantas menuju Stesen Monorel Bukit Nanas telah ditutup bagi mengelak keadaan bahaya kepada orang awam," katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya sedang mengesan kemungkinan terdapat mangsa terperangkap dalam kejadian itu.
Katanya, pihaknya juga sedang memeriksa kawasan sekitar Bukit Nanas termasuk berdekatan Menara Kuala Lumpur.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130508/je_04/8-kereta-tertimbus-tanah-runtuh#ixzz2SfD3q5gt
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:
Post a Comment