Bebel Without a Clause

Bebel Without a Clause

Monday, May 20, 2013

Ujang Cool, Agama suku Politik tiga suku.: Dalam Diam Nik Aziz pun dah pandai sembunyikan fakta.


BONGKAR..!!! Nik Aziz Sembunyikan FAKTA Tun Dr Mahathir Bantu Rakyat Kelantan RM...300 JUTA Setiap Tahun Mulai 1990..

Pendedahan aktivis politik Datuk Khairuddin Abu Hassan

Ketika masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu masayarakat Kelantan dengan menyumbang antara RM200 juta dan RM300 juta setiap tahun.

Menurut aktivis politik Datuk Khairuddin Abu Hassan, sumbangan Mahathir itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri bagi membantu masyarakat Islam di negeri tersebut.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr. Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya ketika berucap pada ceramahnya di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini, malam tadi.

Katanya, sebilangan besar masjid yang dibina di Kelantan dibina oleh Barisan Nasional (BN) dan Nik Aziz perlu tampil untuk memberikan penjelasan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?. Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.
..............................................................................................................
Masya Allah ...

Rupanya DIKTATOR yang dilabelkan sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini telah membantu PAS KELANTAN, setiap tahun, RM300 juta, sejak bergelar Perdana Menteri Malaysia kelima.

MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM yang tergolong didalam golongan kafir kerana menyertai UMNO, seperti yang didakwa PAS inilah yang banyak membantu PAS Kelantan.

Bukan sedikit jumlah wang diberikan, RM 300 juta setahun ...

Bermakna setiap tahun Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini membantu PAS KELANTAN, selama 13 tahun sejak Nik Aziz bergelar Menteri Besar Kelantan.

RM300 juta x 13 tahun = RM3.9 Bilion ... RM3.9 Bilion ... WOW !!!

Zalim ... Memang Zalim Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini.

Setiap tahun RM300 juta diberikan untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan.

Rasanya ... Lebih molek rakyat Kelantan bertanya kepada Nik Aziz.

'Apa yang telah dibelanjakan' dengan pemberian WANG IHSAN RM3.9 BILION ini ?

Nak lagi sedap, tanya Nik Aziz ... Benarkah MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini memberi bantuan RM300 juta sejak dari tahun 1990 ?

Ulamak tidak akan bercakap bohong ... MELAINKAN ULARMAK ... Ular Dalam Semak.
 
Sumber: UjangCool FB

1 comment:

Blog Archive